As Salam
Hari Ahad jam 9:00 pagi kami dah keluar rumah untuk bersarapan di area kedai Barakoh AU2. Kami dah lama jugak rasanya tak kesana. Mujur la masa sampai senang je nak dapatkan parking dan senang dapatkan meja.
Aku order roti telur bawang. Dekat sini roti telur bawang mereka ada letak jugak hirisan cili hijau yang besar tu. I loike ye. 😁
Lepas sarapan terus gerak ke TGV Cinema dekat AEON AU2. Sampai jam 9.45 pagi kami masuk AEON tu dulu. Tengok dekat depan Nando's ade company buat game dart. Ingatkan mr DIY dah bukak. Rupanya memang ikut waktu mall bukak jam 10:00 pagi. Tepat jam 10:02 pagi, kami masuk dalam mr DIY sebab che mek nak beli selipar baru untuk bilik air. Lepas beli selipar kami pun berjalan ke TGV Cinema semula.
Merah betul sign ni. Laluan dari AEON ke TGV ni pun warna merah ye kome sebab mereka letak tinted warna merah. 😁
Kudrat 1968 : High Council.
Abbas.
Pada aku cerita dia OK. Aku suka je. Cuma aku tak faham kenapa penonton yang bukan umur-umur aku ni terlalu meletakkan cerita ni high expectation sangat. Mereka ni macam tak in dengan zaman 1968. Pada aku zaman 1968, budak-budak yang memberontak ni tak terlalu menyerlah macam zaman sekarang. Mereka yang komen tentang movie ni pada aku, mereka tak faham kenapa sesuatu keadaan tu terjadi. Dieorang nak jalan cerita tu jadi macam jalan cerita mereka pulak. Adakah ini sebab faktor usia aku? 😆
Pada aku...
Apa yang jadi pada PA dengan family dia dan Piji, ada sebab.
Apa yang jadi pada Piji dan tindakan dia terhadap PA bersebab.
Apa yang jadi pada Kuda ada sebab jugak.
Kenapa Abbas bertindak macam tu macam gini pun bersebab jugak.
Kalau memasing tak buat apa yang mereka buat dalam movie ni, memang takde la makna tersirat yang cuba pengarah / penerbit ingin sampaikan pada penonton untuk fikir. Betul tak? 😁
Habis movie kami ke Nagoya AEON Big sebab aku nak beli kain untuk seluar sekolah agama Ammar. Lepas tu masuk AEON Big grocery beli barang sikit sebab kak ipar cakap dia nak singgah rumah lepas Asar. Cucu sedara nak tunjuk kereta e-mas baru mum dia yang diberi nama baymax. 😆. Kak ipar cakap dia nak bawak nasi lemak. Jadi kami tolong rebuskan telur ( Sebab kak ipar lupa tentang telur ). Beli jugak salad, timun jepun, tembikai, apple strawberry dan Hata goreng ikan masin dengan telur dadar jugak.
Lepas tu singgah kedai nama Longwan sebab aku nak topup inner tudung yang biasa aku beli tu untuk dibawa ke company trip. Sehelai RM1.60 je. Dan beli telur ayam sepapan dekat tepi NSK tu.😁
Menu makan kami semalam. Kak ipar bawak nasi lemak, sambal sotong, sambal kerang dan cheese cake yang anak sedara buat.
Dah masuk waktu Isyak jugak baru kak ipar berangkat pulang. Masa nak balik tu kami turun sekali ke visitor parking sebab nak tengok kereta baru mum a.k.a anak sedara Hata yang di panggil baymax oleh cucu sedara kami tu. Dia excited nak tunjuk dekat tok chik & nenek (aku & Hata 😁).
Doakan perjalanan kami semua dipermudahkan, selamat sampai, selamat semasa disana dan selamat kembali ke tanahair ye kome. Amin. 😁















































