COMPANY TRIP : VILLA 88 BROMO

As Salam

Alhamdulillah dalam jam 2.30 petang kami semua selamat sampai ke villa 88 di Bromo. Jalannya jangan ditanya. Udah macam ular sebab kecik, alik kiri gaung atau lereng bukit. Sejuk. Dalam bas tu aku ada jugak terlelap dan terjaga. Tapi macam banyak berjaga sebab seronok keliling waktu bas dah masuk jalan nak ke villa. Jalannya naik bukit.
Selfie sekeping waktu mula-mula sampai.
Luggage memasing sebelum check in.

Disebabkan kawasan villa ni adalah kawasan tinggi, jadi angin sejuk tu memang terasa ye kome. Aku ni plan tak nak tukar baju, tapi rasa macam kena tukar jugak sebab tiupan angin sini memang terasa sejuknya pada aku. Kami dapat bilik tingkat 4, tapi nombor bilik 501. Share berempat.
Bukak pintu dah nampak almari ni. Port ni aku ambil untuk bukak luggage.
Alik kiri pintu kami buat tempat letak kasut.
2 katil queen size untuk kami berempat.
Depan katil kami ada ruang luas ini lagi. Depan sofa ni ade meja untuk cerek dan TV besar. Aku lupa nak snap gambar. Alhamdulillah bilik ni cukup luas dan sangat selesa untuk kami berempat.
Bilik air pun luas dan selesa.
Sink pun nice.
View dari balkoni bilik kami. Dari kepala katil sampai ke set meja makan tu ada balkoni diluarnya. Semua pakat tukar baju sebab sejuk & rasa berlengas la kome. Dari jam 3:00 pagi sampai jam 3:00 petang pakai baju yang sama. 😆
Sekeping dekat balkoni. Waktu ni rasa macam nak cepat-cepat je pakai sweater.
Sekeping depan villa sementara tunggu yang lain turun.
Sekeping sebelum memulakan aktiviti pertama di hari pertama.
Ingatkan takde buat apa-apa. 😁
Sekeping lagi dari dalam bas persiaran.

Waktu ni aku dah siap-siap pakai sweater kome. Memang halus je rasa sejuknya. Macam sejuk dekat Genting selepas waktu hujan. Perjalanan dari villa ke destinasi amik masa dalam 40 minit jugak. Jalan tu memang jalan yang buat aku kecut perut bila tengok keluar. Bas ni menongkak je naiknya.

BIRTHDAY TREAT : KLCG KUALA LUMPUR

As Salam
Semalam balik kerja terus ke KLCG Kuala Lumpur. Ingat kan dekat mana la.Rupanya dekat Jalan Ampang ni aje kome. Kami pulak dari KL Sentral. Memang jammed la nak kesini. Dari KL Sentral ke KLCG ni 50 minit. Sampai sana dah jam 6.50 petang. Staff kata masih boleh makan cuma nak bagitahu yang mereka tutup jam 8:00 malam. Lepas meja diberikan, aku pun tanya la staff tu. Macamana cara nak order sebab aku 1st time datang. Waktu ni pun masih ramai jugak customer.

Staff tu ajar air & makanan kena order dengan scan QR. Dessert pulak boleh pegi kaunter, pilih dan terus bayar. Hata order guna QR air dan amik satu main course Hainan chicken chop . Aku bawak anak-anak ke kaunter dessert untuk buat pilihan masing-masing. Aku tak pilih pun sebab takde yang kena dengan selera. Mungkin sebab dah lama tak makan dessert & sedang dalam proses diet. 😆
Dessert yang che mek & Ammar pilih. Disebabkan jam dah dekat 7:00 malam, jadi kami makan agak rushing jugak la.
Mixed berries ni RM21.90 kalau tak silap aku. OK la...
Masam-masam manis gitew..
Ini pilihan che mek..Ade cinnamon & herbs sikit. RM belas-belas.
Ammar pilih yang ini. Dalamnya ada chicken slice. Not bad.
Hainan Chicken Chjop yang boleh dimakan. RM24.90 kalau tak silap aku.
Fries dia besar-besar jugak. So puas hati la makan.
Air Ammar & che mek.
Air watermelon laici pilihan aku. RM14.90.

So far pada aku makanan sini OK je. Harga memang tak boleh nak dipertikaikan sebab enviroment dia memang ada kelas tersendiri. Jadi la buat lepas rasa teringin che mek nak makan dessert dekat kedai mahal sikit. Lepas makan kami pun gerak balik. Kami gerak jam 7.30 malam.
Ade jual roti ni jugak.
Si dessert hunter..😆
Si tukang bayar. 😁
Sekeping sekeluarga. 💜

Alhamdulillah. managed to reach home sebelum Isyak & sempat la solat maghrib dirumah. Selesai dah hutang birthday treat dengan che mek. 😆. Sekarang nak sorting gambar untuk diletak dalam pendrive & pass pada staff yang pegi trip hari tu. So many pitcures of them jugak dalam fon aku ni.

Korang buat apa hari minggu ni?

COMPANY TRIP : LUNCH AT RUMAH MAKAN TONGAS ASRI PROBOLINGGO

As Salam

Aku rasa dalam sejam lebih sikit perjalanan ke villa, kami berenti makan dekat sini. Allahuakbar..Panas giler kome. Masa bergambar ada 1 gambar tu aku perasan muka aku merah. Kami order yang simple-simple je. Driver bas persiaran yang bawakkan. Masa kami datang tu takde orang sangat sebab ofismate lelaki aku cerita, drive bas bagitahu, sejak ada highway baru , jadi orang lebih ramai gunakan highway berbanding jalan kampung yang kami lalu ni.
Sepanjang perjalanan nak ke kedai makan ni, majority penduduk sini tanam pokok jagung.
Kami makan disini...Panaih ting ting kome...Hangat pijo kate orang perak. 😆
Kedai tertutup. Tapi takde aircond. Hanya ada kipas. 
Itu pun tak berasa sangat. Kena on handfan jugak.
The menu.
Apo nak dimakan?
Siomay, petis , walik...Haaa..Order...😀

Sementara menunggu order siap, aku tanya pada staff sini ade surau tak? Staff tunjuk surau mereka ditepi kedai ni. Jadi aku pilih untuk solat jamak Zohor & Asar dekat sini terus. Boleh jimat masa waktu sampai dekat villa nanti. Dekat sini waktu Zohor masuk jam 11.15 pagi. Waktu kami sampai ni dah jam 12:00 tengahari.
Surau share lelaki & perempuan. Amik wuduk diluar. Malangnya takde kipas kome. Udah solat macam dalam oven. 😆
Kami makan share 4 orang. Jadi kami sepakat untuk order menu ini. Rasanya ini ayam popcorn masak black pepper.
Telur dadar curah sos sweet sour. Sedap jugak ni kome.
Lepas tu amik tumis sawi ni.
Semestinya ambil ais tea. Tapi rasa dia lain dari air teh o ais dekat KL. Rasa macam lain cuma tak reti nak describe. Sedap jugak la air ni. Boleh mintak level gula biasa atau kurang manis atau kosong.

Lepas makan kami pun bergerak ke villa. Panas masih terasa ye kome. Dalam jam 2.30 petang kami sampai ke villa. Ingatkan sampai villa dah takde apa-apa aktiviti dah. Rupanya ada 1 aktiviti yang bos add on. Kami diberi masa 1 jam untuk letak bag, nak mandi atau nak tukar baju. By 3.30 petang kami semua turun ke lobby untuk ke destinasi berikutnya...

Hari ni dah hari Khamis kome...

COMPANY TRIP : FROM KLIA 2 TO JUANDA AIRPORT SURABAYA

As Salam
Subuh sepie dah sampai airport kome. 😆

Terlalu banyak gambar dan cerita yang nak aku kongsikan. Pengalaman dan kenangan yang tak mungkin dapat aku lupakan sama macam masa ke HCMC 2 tahun lepas.😁. Hari Jumaat lepas, seawal jam 2.20 pagi kami dah bangun untuk bersiap. Jam 3.30 pagi kami gerak ke KLIA 2. Alhamdulillah jalan tak jammed dan kami dapat diskaun 50% untuk kos caj toll. Jam 4.20 pagi kami selamat sampai di KLIA 2. Cari parking then terus ke departure area. Singgah family mart beli roti untuk anak-anak & waffle untuk diri sendiri sebab tetibe je aku rasa lapar yang teramat pagi tu.

Jam 4.50 pagi kami ke kaunter Y untuk check in luggage. Ehhhhhh..Sekali kena pegi kaunter lain pulak...Berkumpulanlah kami ke kaunter V untuk self luggage check in.
8 orang staff yang join this company trip.
Aku tak letak bedak atau lipstick sebab lepas check in nak solat subuh.
Gambar wajib. 😀. 
Passport cover we bare bears tu aku punya passport la. 😁
Gambar wajib jugak ni 😆
Gambar wajib ketiga tiap kali group travel. 😆
Kaunter self check in luggage. Waktu ni je berat luggage aku dah 22.7 kg kalau tak silap aku. Ape benda aku bawak??? Ntah la..Semua yang aku rasa perlu aku bawak. Guna atau tidak itu belakang cerita. 😂. Lepas check in ni kami yang muslim pergi solat subuh dalam jam 6.05 pagi.
Gate kami L5. 
Group photo lagi.
View dekat area gate L..
Untuk breakfast big bos belanja kami makan burger king. Aku amik set yang ada popcorn hash brown, nugget, onion ring & apple pie.Semua serba sikit.
Sekeping sementara menunggu order siap dan sebelum kejadian botol air dari kedai ECO ofismate yang belakang aku ni terjatuh dari meja & bahagian bawah botol air tu pecah. Sudahnya dalam flight share air dengan aku. Aku ada bawak bekas air yang foldable beli dekat sport direct hari tu. 
Kedudukan kami dalam flight. yang sorang lagi tu seat dia belakang kami je.
Menu yang aku pilih untuk dimakan sementara nak tunggu sampai ke Surabaya.
Rasanya OK. Cuma carrot 2 keping tu pada aku masin. Jadi aku tak habiskan.
Tak sangka fresh care ni ada iklan dalam flight.
Tapi masa dekat sana aku tak jumpa pulak kedai jual stock ini. Kalau ada jual memang aku borong.
Masa dah sampai Surabaya, kami nampak puncak gunung ni. 
Tak pasti gunung apa.
2 jam lebih duk dalam flight akhirnya kami sampai di airport Juanda - Surabaya.
Flight kami ni sampai awal dalam setengah jam kalau tak silap aku.
Ada 1 ni je tempat jualan dalam arriving area ni sebelum keluar.
Sekeping sementara tunggu luggage ofismate yang lain sampai.
Aku custom made luggage cover tu sebulan ke 2 bulan sebelum fly. I loike. 😆
2 gambar berbeza untuk bahagian depan dan belakang luggage cover .
Kaunter untuk ambil luggage hanya ada 3 sahaja. Kiranya airport ni bukan airport yang besar. Lebih kurang macam airport dekat Kota Bharu sebelum upgrade renovation to international airport.
Sekeping sementara menunggu bus persiaran sampai.

Waktu ni tetibe rasa bahang panas matahari tu kuat sangat kome. Aircond dalam bas persiaran pulak tak berapa nak rasa dek kerana cuaca panas dekat luar. Aku rasa berkicap betul keti..😆. Terus keluarkan handfan.
Bas persiaran ni ada 4 row of passangers seats with 2 doors. Kami amik row ke 3.
Bos aku 1 family pilih untuk duduk seat belakang. 
Belakang mereka ada space untuk susun 11 luggage.
Aku pilih seat tepi pintu. Ada space sikit dan lapang nak 
tengok keluar jendela. Gitew...

Singgah RnR untuk beli jajan / roti untuk bekalan ke aktiviti hari esoknya.
Sebab esoknya kami akan keluar awal pagi. Jadi memang tak akan sempat nak sarapan.

Serius cakap RnR ni panas giler kome. Membahang rasanya sampai memang kena pakai spek mata. Toilet sini majority adalah toilet cangkung. 
Menarik packaging milo ni.
Ini pun menarik.
Disebabkan cuaca yang terlalu panas, aku beli air ni dekat 
convinience store nama indomaret.

Dari airport ke villa di Probolinggo mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Dalam perjalanan kami singgah lunch dekat 1 kedai ni. Nanti aku cerita ye. Sampai sini dulu. Banyak lagi nak share cerita n.. 😁

Semalam aku suruh che mek cari kedai yang dia nak makan untuk kami buat proper birthday celebration untuk dia. Che mek dah pilih dah semalam. In Shaa Allah hari ni kalau takde apa-apa hal kami akan kesana. Kedai dalam KL jugak. Hari ni anak-anak ponteng sekolah sebab memasing cakap dah tak buat apa. Tapi esok dan Jumaat memasing WAJIB pegi sekolah.