As Salam
Dah lama tak berjalan..This time kami pilih Melaka
Bandaraya Bersejarah. Memandangkan Melaka memang terkenal kerana pada suatu
ketika dahulu, sinilah pelabuhan yang paling famous di Asia Tenggara. Sperti
yang semua tahu, kat sini banyak bangunan-bangunan lama yang boleh korang
lawati dan tahu sejarah pembinaannya. Sejarah mengingatkan kite tentang
perjuangan dan pengorbanan yang mereka buat untuk negara kita supaya jadi macam
sekarang. Kecantikkan reka bentuk bangunan yang boleh menyejukkan hati kita
jugak..kan?. Hahaha apa yang aku merepek nih.
So aku telah book Avillion Legacy, setelah aku tengok latest offer on Avillion Legacy
Melaka di internet.
Hotel nie location dia bukan lah betol2 di tengah2 bandar melaka tu.. Tapi tak
lah jauh sangat... kalau nak bagi senaman pada kaki, boleh la jalan kaki. Tapi
lepas tu confirm pengsan..Hahaha..The truth is, korang still kene berkereta utk
jejalan ke bandar...Pada aku OK sajok.. Still convenient laa... kalau nak
tahu location sebenar.. sila google ya.
Hotel ni ada 228 bilik and korang boleh pilih dengan
syarat bilik yang dipilih is under budget korang. Hotel ni nampak gah kan? So
pada aku hotel ni memang sesuai sangat untuk mereka2 yang nak bercuti or datang
untuk urusan kerja.
Sebabnya? Sebab kemudahan yang ada memang akan banyak membantu
korang. Bilik yang ada adalah dari superior hinggalah suite bergantung kepada
berapa ramai korang nak sebilik. Aku ambil superior je hari tu tapi cukuplah
kelengkapan yang ada dalam bilik. Kalau ada apa apa boleh je rojer room
service.
Lobby...
Cantik sangat OK...
Meh cheq jamu sikit bilik-bilik yang korang boleh pilih :
Superior Room...
Sesuai dan luas untuk kami 4 beranak..huhu
Studio Room
Luas jugak...
Premium Studio...
Besar sikit dr studio
Suite..
Luas sgt tau...Boleh main lari2..ekek
Perut yang lapar harus diisi...So kite ke Coffee House hotel ni..
Coffee house ni bukak dari pukul
7 pagi sampai lah ke 11 malam. Siap free wifi so nak layan youtube takyah risau
data habis ( Especially kalo nak throwback cite2 Aiman )ekekek. Luasnya Coffee
house ni boleh muat 200..So kalo nak buat iftar or wedding event memang sesuai
sangat tau. Breakfast buffet memang terbaik sebab macam macam ada sesuai dengan
diri aku ni yang suka makan...Makan...dan makan. Cumanya kat sini tak boleh
pakai slipper, singlet so kena sopan la sikit ya, dah nama hotel, sebab untuk
keselesaan tetamu yang lain.
Luaskan Coffee House ni???
Ini pulak Lounge...
Agak2 nak privacy sikit, boleh la ke sini
Hotel Avilion ni jugak ada dewan untuk buat mesyuarat agung atau
event atau kursus untuk company yang besar besar atau kerajaan. Diorang memang
ada pakej untuk semua tu termasuk bilik dan makanan. So kepada sesiapa yang nak
buat event kat Melaka boleh la tengok pakej apa yang ada. Yang paling best
sekali adalah diorang juga ada pakej perkahwinan yang lengkap. Dari a-z servis
yang diorang boleh tawarkan. Pakej yang pasti dapat memuaskan hati korang yang
nak buat kenduri korang di hotel ini.
Luaskan??
Sesuai sangat untuk event wedding...
Decoration keliling pun cantik tau...
Bilik utk buat mesyuarat tahunan pun ado..
Bilik untuk buat seminar kecik2 pun ade jugak...
Antara kemudahan lain yang dekat hotel ini adalah gym.
Jangan ingat kat tempat korang tinggal je boleh nak bergym tapi untuk
abang-abang sado di luar sana, korang pon boleh teruskan aktiviti korang tu di
avillion ini. Kalau nak main golf boleh book seawal 3 hari di padang golf yang
berdekatan. Korang boleh juga set dengan pihak hotel untuk jalan-jalan heritage
trail dimana korang akan dibawa bersiar di sekitar kawasan bersejarah. Aku suka
yang itu.
Swimming Pool diorang ada di rooftop untuk yang nak berenang bagi
menguatkan otot atau baru nak belajar mengayuh. Bukan apa, berenang ni penting
sebab mana tau satu hari nanti kita akan naik kapal macam titanic so tetiba
tenggelam, kenalah berenang. Bukan mintak tenggelam tapi sebagai persediaan.
Cantik kan?
Kolam untuk budak-budak pun ade...
So korang yang bawak anak2 kecik jangan risau ye...
You still can enjoy main air...huhu
Aktiviti malam lak aku suka ke jonker walk untuk jalan-jalan, beli
barang dan makan. Memang syok sebab jonker walk ni dekat dengan hotel. Memang
famous so jangan terkejut kalau ramai orang.
Macam Macam ade...
Sediakan duitnya aje...huhu
Naik beca pon tiada masalah sebab beca di sini special sebab
dihias banyak lampu untuk menarik pelancong.
Ehsan Google
Lepas penat berjalan tu, balik hotel aku terus try refleksologi
dalam hotel ni. Yalah dah puas berjalan kena relax pulak kan. Dah ada servis
urut kaki tu teruskan jer niat.
Foot Massage
Sekali kena urut..
Rase nk tido terus...kiki
Pengalaman ni takkan aku lupakan dan memang aku akan syorkan
kepada member member aku dan korang semua..
So kalo nk bercuti, tak semestinya kena ke over the sea kan?huhu
End
0 Comments:
Post a Comment