Tuesday, August 01, 2017

MALAM KARNIVAL WAJA : WAYANG KULIT

As Salam

Sabtu malam Ahad, activity kami sekeluarga adalah melayan che mek yg EXCITED nak tengok wayang kulit... RM5/adult & RM2/Student..Kami gerak dari rumah pkol 8.30mlm...Majlis mula pkol 9mlm..Mujur jgk kami smp sebelum majlis mula, sebabnya dapat la kami duduk depan...Aku siap bawak alas lagi untuk duduk depat wayang..huhu

Meh layan gambo..
Starting....
Sebelum anak2 murid ramai duduk dekat depan ni...huhu
Wayang Kulit dari Kumpulan Beringin Emas
Seronok dan tak bosan..

Wayang kulit ni buat cerita tentang anak maharaja yang diganggu oleh anak jin gelombang biru & gelombang  merah mase nak pergi menuntut ilmu...Mase dalam perjalanan anak Maharaja ni berehat bersama dengan pengiring ( wok yoh, samad, said ) . Lepas tu semua pengiring kena kacau dengan anak jin... Lepas tu abg maharaja ni kot yang dapat selamatkan mereka...Abg maharaja igt nk bunuh je anak2 jin ni..Tapi bapak maharaja tak bagi dengan alasan :

" kalau setiap yang salah tak diberi peluang untuk berubah..Maka kita bukanlah seorg yang baik"

Ade message dekat situ..Korang faham2kan lah sendiri ye..ekekAkhirnya anak2 jin tu dipenjarakan dan dalam masa yang sama akan ade sesi pengajaran yang akan dibuat..Bahasa yang digunakan, harus la MAJORITY bahasa ibunda Hata...Lepas tu ade campur jugak dgn bahasa Melayu & bahasa Inggeris...Music die memang layan la...Feel tu penting..Kiki...

Pertunjukan habis dalam pukul 11 mlm..Lepas tu si Dalang bagi kami merasa pegang watak2 dalam wayang kulit..Sebelum ni aku memang pernah pegang...Memang agak scary watak2 mereka ni..huhu 
Watak tak dikenali...Haha
Anak jin Gelombang biru agaknya... 
Pahlawan & anak jin jugak rasenya tu...ekek 
Besar & scary...kiki 
Penangkap anak jin gelombang biru & gelombang merah...

Meh kita belajar sikit tentang WAYANG KULIT ni ye....

Wayang kulit adalah salah satu bentuk wayang teater dan salah satu yang paling terkenal, menawarkan kombinasi ritual, pelajaran dan hiburan yang unik. Dalam persembahan wayang kulit, ia dimainkan di atas layar kain putih dengan berlatar belakangkan cahaya minyak kelapa (atau elektrik – mentol oren). Dalang (artis bayangan) memanipulasi karektorboneka wayang kulit yang diukir antara lampu dan skrin untuk membawa bayang-bayang ke tontonan penonton.

Boneka wayang kulit ini kebiasaannya berukuran antara 25 cm hingga 75 cm. Watak penting biasanya diwakili oleh beberapa boneka. Boneka tersebut biasanya dihasilkan dari kulit kerbau dan hidung kambing dan dipasang pada batang buluh. Walau bagaimanapun, boneka terbaik biasanya dibuat daripada kulit kerbau muda muda, sembuh sehingga sepuluh tahun. Ukiran dan tebukan bahan mentah, yang paling bertanggungjawab terhadap imej watak dan bayang-bayang yang akan dipersembahkan, berdasarkan pada lakaran ini, sebuah palet digunakan untuk mengetuk yang dipanggil tatah, untuk memukul lubang pada kulit haiwan yang digunakan. Pembuatan tongkat kayu dari tanduk adalah proses penggabungan, pemanasan, penyaringan tangan, dan pengampunan yang rumit sehingga kesan yang diinginkan dicapai. Apabila bahan-bahan siap, artis melekatkan pemegang dengan tepat membentuk hujung tanduk di sekitar boneka wayang kulit dengan benang. Watak yang besar mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk menghasilkan.

Majority boneka wayang kulit yang dimainkan di Malaysia dipanggil "Ringgit"..Persembahan oleh wayang kulit "Ringgit" ( Macam yang aku pegang dkt gambar diatas ) disertai dengan iringan music gamelan...

Dalang dalam wayang kulit juga perlu belajar dalam pengalihan suara utk setiap boneka...Mase tengok wayang kulit dekat sekolah che mek..Aku igt kan watak wok yoh, samad & said adalah suara original dari kelate...Rupa2nya setiap dalang perlu berlatih utk membuat suara yang berbeza-beza utk setiap watak..Bukan senang ye..Tapi kalau dah minat..Susah macam mane pun tetap nak usaha jugak sampai berjaya kan?

Ok..Tak banyak yg aku paham sangat... Tapi cukup la utk kite tau basic tentang wayang kulit ni kan?huhu



Seronok melayan wayang kulit...
Dulu Hata siap d/load wayang kulit wok oyh, samad & said utk che mek tengok....


Tapi time tengok ni che mek tak fokus sebab ade je student2 yang duduk dekat depan membeli macam2 mainan yang berjaya curi fokus che mek...kiki




End

3 comments:

Normi Nieza said...

sy org kelate pun xpernah tgk wayang kulit secara live..:)

Mar Mansor said...

seronok ye dapat tengok wayang kulit..saya tak pernah lagi tengok wayang kulit depan mata
JanjiKita

Radhia Razali said...

tak pernah ada pengalaman tengok wayang kulit...terasa jugak nak tengok yang live punya