Hari Sabtu sebelah pagi smp ke petang sikit aku penuhkan dengan melepas gian menjahit..huhu...ADDICT sgt dengan blouse lengan ruffle..Maka marilah kita merialisasikan impian..Gitew...huhu
Hari Sabtu Hata kena kerja...Jadi lepas bersarapan, aku biarkan anak2 layan cerita sambil aku memotong kain dan menjahit..Membasuh & menjemur kain tidak ketinggalan..huhu
Blouse dengan Bell Sleeve..
Aku tringin nak pakai blouse kaler putih dengan berfesyen..Aku try buat fesyen Bell Sleeve...Disebabkan polar badan baju dah ade ditambah plk tutorial nak buat bell sleeve dah aku SAVE..Maka teruja sangat aku nak menyiapkannya...kiki..
Alhamdulillah, siap jugak blouse ni...Nak jahit lengan fesyen ini mmg tak susah..Yang susah korang kena pandai mengira ukuran kain yang nak dipotong..huhu..Aku punya ni masih dikira kena IMPROVE lagi..Bell nya kurus..Kalau nak bell sihat..Ada cara potongan yg lain...Ape oun aku tetap berpuas hati sebab berjaya jugak siapkan..Kali ni aku tak buat leher biase..Aku buat leher lebar..huhu.
Ruffle Sleeve & Ruffle Top
Disebabkan TERINGIN jugak nak pakai bluse ade rambu2 dekat lengan, maka otak mula fikir nak jugak!!!!...Maka semalam, lepas sarapan, terus aku bgtau Hata aku nak menjahit...Maka terhasillah blouse ruffle sleeve ni...Walau banyak bahagian kena potong, jahit tepi dan cantum, tapi still meks sukaaaaaa...huhu
Aku tanya che mek nak aku jahitkan fesyen baju yang mana..Che mek mcm pilih bell Sleeve..Same mcm baju raya che mek...Ok..Harap2 aku dapat siapkan & bawakblk kg sebelum Aidiladha ni...
Tak sangka fesyen ruffle ni ade banyak nama mcm dekat bwh ni 👇
Lofter
10 jenis fesyen ruffle sleeve yang memang buat mulut aku ternganga...kiki..Setakat ni aku 7 jenis ruffle diatas...Cuma cara potongan kain je yang berbeza...Harap2 ade masa nak buat each fesyen..huhu..Jenis rambu2 ruffle tu pun ade pelbagai jenis..Mcm dekat bawah ni,..👇
Seekatesew
Adeh...Rambang mata aku tengok jenis2 rambu ruffle nih..Rase nak buat semua patern..Boleh?huhu
Kalau nak jahit fesyen ruffle, kita perlu pastikan jenis kain...Ade jenis kain yang bile dijahit, hasilnya nampak terletak..Cantik je..Ade jenis kain, hasilnya akan nampak mcm kasar..Namun still nampak cantik & berfesyen...Nak buat ruffle tu pun ade teknik dia..Kalo nak buat ruffle yang panjang, kena gunakan jarak jahitan yang paing besar supaya senang nak tarik...
Kalau nak buat lipat2 mcm cara ke-7 tu, kena buat garis panduan dulu, baru dapat hasilnya sekata. Kalau setakat ruffle pendek, boleh jahit dengan tangan je.
Kenapa aku suka fesyen ruffle?
Sebab aku suka lengan baju gebu-gebu..huhu
End




0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.