Thursday, October 19, 2017

SPECTRA FUJITECH WIRELESS SPEAKER + HEADPHONE

As Salam

Haihhh..Dah lama aku mencari sebuah headphone yang wireless dan boleh transform jadi speaker so that anak-anak pun boleh dengar time dalam kereta macam dengar dekat tv...Huhu..

Sekarang Fujitsu dah keluarkan satu product yang CONFIRM akan jadi pujaan bagi orang-orang yang macam aku...Aku jenis yang suka dengar lagu dalam LRT...On the way nak pergi kerja atau on the way nak balik kerja..Dan aku paling layan bile dapat headphone yg WIRELESS...Sebabnya, takdelah wayar-wayar headphone tu berselirat dekat badan dan kemungkinan untuk tersangkut pada bag penumpang lain 100% tidak terjadi...

Bile dah namanya WIRELESS, mestilah berkaitan dengan bluetooth kan?Jadi, pada masa yang sama, headphone ni boleh juga digunakan untuk menjawab panggilan...Bile sebut tentang SPEAKER, maknanya headphone ni boleh dikeluarkan bunyinya melalui corong macam radio...

Meh aku share sikit tentang SPECTRA FUJITECH WIRELESS SPEAKER + HEADPHONE ni ye...
Headphone ni ada 4 fungsi utama yang mana headphone ni fungsi bluetooth untuk menghubungkan headphone dengan telefon, bateri yang boleh di-cas semula, build-in mikrofon untuk kita jawab panggilan, alat pendengaran yang boleh juga dijadikan speaker. 
Pendakap telinga yang boleh dipusing keluar untuk difungsikan sebagai speaker tanpa mengganggu permainan lagu semasa proses peralihan dibuat. Gempak kan? Korang nak share lagu apa yang korang layan, tak payah susah-susah turn off bluetooth, then buat loud speaker dekat telefon...Dengan hanya pusingkan keluar pendakap telinga tu, korang dah boleh jadi kawan yang sharing is caring..Huhu 
Untuk pengguna yang berkepala comel, korang jangan risau bile fikir headphone ni akan mudah lucut dari kepala..Sebabnya headphone ni ada pelaras yang mesra pengguna...Jadi korang boleh laraskan ikut keselesaan sendiri. Confirm tak lucut punya lah..Huhu
Pendakap telinga headphone ini menggunakan kulit lembut yang berkualiti tinggi..Jadi telinga korang takkan sakit, bunyi lagu tak akan didengari oleh orang sekeliling sebaik ia melekap dekat telinga korang. You will be in your own world sebaik lagu dimainkan..Gitew...Huhu 
Dekat headphone ni ade 4 butang utama macam diatas...Hanya ikut urutan, segalanya akan berada dihujung jari korang je...

Amacam? Smart tak headphone ni?Aku kalo dapat ni, memang tak akan lekang dari teling sepanjang dlm LRT...Memang akan rase aku ada dalam dunia sendiri...

Package ini didatangi jugak dengan :

1 X Fujitsu E210BT Bluetooth headphones
1 X Micro USB charging cable
1 X Audio cable with 3.5mm jack
1 X Quick Start Guide

Dekat opis pun boleh pakai headphone ni dengan gunakan Audio cable yang disediakan...Complete set kan? Complete jugak activity menonton dan mendengar korang dengan adanya SPECTRA FUJITECH WIRELESS SPEAKER + HEADPHONE..Ni...

Korang boleh survey harga dekat mana-mana kedai FUJITSU berhampiran atau boleh beli secara online dekat LAZADA...Korang jangan risau, product ni ade warranty..Kalo ade apa-apa masalah technical dengan product ni, korang boleh mintak bantuan berdasarkan jaminan yang diberikan..


So korang si penggemar bunyi music BOOM apa lagi?
Jom la kita gi serbu FUJITSU untuk feel the boom of the sound!!!!





End

2 comments:

Mar Mansor said...

menarik tapi tulah pakai earphone nanti tak dengar bila orang panggil
JanjiKita

Mrs Pip said...

wah menarik...
kalau yg gila muzik, memang awesome la ada headphone ni ...