May 19, 2025

HARI GURU BAGI APA?

As Salam

2 minggu yang lepas aku ade ajak Hata ke Ninso...Alasan aku adalah nak belikan air cap badak untuk Ammar...Maka aku amik peluang ni untuk belikan serba sedikit hadiah sempana hari guru Jumaat lepas. Sekolah kebangsaan Ammar ada buat sambutan. Tahun ni aku memang rasa malas nk menjahit. Ingat lagi tak project totebag aku masa sebelum / semasa ramadhan hari tu? Project tu jadi project terbengkalai sebab plan yang aku & Hata buat tak dapat diteruskan atas sebab-sebab tertentu. Jadi bila awal-awal dah tahu tak dapat teruskan..Maka aku pun stop la production totebag tu buat sementara waktu...In Shaa Allah next time kita sambung semula.

Jadi aku pilih la barang-barang ini untuk dijadikan sebagai tanda penghargaan kepada cikgu-cikgu yang dah mengajar Ammar...Aku dah macam Cie...Sebab takde idea nak bagi ape pada cikgu anak-anak...Jadi kita grab je apa yang terlintas dalam kepala..
Semua ni dari Ninso
Ribbon & masking tape tu stock dr rumah
1 helai plastic hamper tu aku bahagi 2,
Lepas tu potong 3 - 3..
Ini aje la yang terlintas dekat kepala aku masa duk dalam Ninso tu...
Pen merah beli last minute dekat mr.DIY..
Itu pun dah limited stock..
Mentang-mentang la viral video TT cikgu mintak pen merah...
Semua pakat beli pen merah ye...😆
Lepas wrapped jadi la gini...
Dah siap wrapped...
Total dapat 11 set.

Dah siap semua ni aku pun masukkan la dalam totebag supaya senang Ammar nak bawak ke sekolah esoknya..Aku dah suruh Ammar pilih berapa set nak bawak ke sekolah pagi & berapa set nak bawak ke sekolah petang...Sekali che mek cakap dia pun ade jugak majlis hari guru on the same day..Aduhai..Apesal la tak cakap awal-awal...Tapi memang kemungkinan jugak che mek lupa sebab last week, whole week dia exam..Lepas tu everyday tido jam 11 lebih sebab nak siapkan kerja sekolah yang dah start banyak...

Jadi aku bahagi la hadiah-hadiah yang sedia ada tu...6 set bagi Ammar, 5 set bagi dekat che mek...Pepandai la anak-anak pilih cikgu mana yang mereka nak bagi. This year memang takde idea nak bagi ape dekat cikgu-cikgu...Mungkin sebab aku & Hata terlalu banyak perkara lain yang difikirkan jadi nak selit mencari idea yang lebih menarik untuk menghargai cikgu-cikgu tu tak sempat...Tak pe lah...Janji ikhlas kan?

In Shaa Allah, kalau umur panjang, tahun depan kita cari idea lain pulak ye..
Korang bagi hadiah ape dekat cikgu anak masing-masing?

11 Comments:

Suria Amanda said...

Bab ni memang susah kan..akak tak ingat la sepanjang Dania sekolah rendah or menengah ada x bagi hadiah kat cikgu...hahaha..masa tu akak kan stay KL..masa tu kejap2 outstation..rasanya akak transfer duit je kot masa tu and makcik2 dia yang settlekan...

adnil linda said...

bagi brooch je dekat cikgu...so, limited untuk ciku perempuan je lah

adnil linda said...

* eh, cikgu

Mama Zharfan said...

i bagi pen yg ukir nama cikgu tu..order kat shopee ajer (RM5 per pcs, so order 7 pcs utk razeen 4 org cikgu dan ariff 3 org cikgu--diaorg pilih awal2 nak tempah tulis/ukir nama cikgu mana)...yg lawaknya, i tak perasan la seller tu kat china..syukur ngam2 sampai sehari sblm sambutan hari guru :)

mummy_ayu said...

wah comei.. mesti cikgu2 suka dpt ni..
Iris buat bunga lego dah but lambat skt sambutan kat sekolah dia, so belum beri lagi hadiahnya

Ana Jingga said...

comel dan sangat bermanfaat buat cikgu2

thisni3za said...

SA : Kalau ade yg menolong xpe sis..Janji sis ikhlas =D

Linda : Asal brng boleh pakai ok dah tu linda =D

MZ : Nice...Mujur sempat sampai on time ye...=D

MA : Wahhh..Menarik ni sis...=D

Ana : ALhamdulillah..Terima kasih..Harapnya begitulah =D

Aien Rusli said...

Bagus bagi alat tulis macam ni. Ada banyak kegunaannya untuk cikgu cikgu.

thisni3za said...

Aien : Iye..Hrp2 bermanfaat utk cikgu2 =D

Sha Mohamed said...

Ohsem sangat hadiahnya.. Sha pun bagi alat tulis ja..

thisni3za said...

Sha : Kita geng sha..At least cikgu bleh guna masa mengajar =D