Aug 24, 2025

KES VAN SEKOLAH

As Salam

Aku & Hata sebenarnya malas nak besarkan hal ni..Tapi disebabkan acap kali Ammar merungut dan mengadu, kita as parent mestilah pelik dan rasa terganggu kan?

Kisah ni sebenarnya bermula dari awal tahun hari tu...Sejak Ammar masuk darjah 4 jadi tahap 2...Setiap hari rabu memang akan ada KOKO melainkan ada waktu-waktu tertentu KOKO dibatalkan. KOKO biasa habis pukul 4pm...Ammar hanya akan sampai taska (waktu itu) dalam jam 4.30pm dan keatas...

Lepas tu kalau hari lain, Ammar habis sekolah paling awal jam 12.15pm untuk hari Jumaat, Selasa, Rabu & Khamis kalau tak silap jam 1.10pm & hari Isnin 1.40pm...Tapi memang setiap hari Ammar akan sampai taska jam 2.30pm - 2.40pm yang mana waktu tu van nak ke SRA dah pun sampai..Jadi Ammar tak sempat nak mandi & makan dekat taska..Kelam kabut tukar baju je...

Sampaikan satu hari tu cikgu taska mengadu pada aku tentang van yang hantar Ammar ..Cikgu tu bagitahu dia kesian dekat Ammar sebab sampai lambat dan kelam kabut nak bersiap ke SRA sampai makan dekat taska pun tak sempat...dan akhirnya kami decided untuk mintak van tu hantar Ammar terus ke SRA hari Isnin sampai Jumaat kecuali hari Rabu kalau ada KOKO..Kalau ada KOKO mintak dia hantar ke rumah.

Yang buat aku makin hilang sabar adalah bila Ammar cerita, dia sampai ke SRA jam 2.50pm sedangkan jarang dari sekolah Ammar ke SRA tak sampai pun 10 minit...Wehhhhh..Kau buat anak aku tunggu kau sejam lebih dekat sekolah tu...Lepas tu waktu ada KOKO mintak hantar ke rumah, dia hanya hantar Ammar dekat simpang nak masuk lorong rumah je...Bukan depan pagar macam yang kami mintak...Bukan sekali dua dia buat..Tapi dah berkali-kali...Pergghhhhhh..Aku dengan Hata memang hangin lama dah dengan van ni...Dah la sebab Ammar ada KOKO dia naikkan yuran van sampai RM100 dengan alasan kena ambil Ammar lambat...OK..Aku & Hata setuju je sebab fikir dia setuju untuk Ambil Ammar lepas waktu KOKO..Lepas tu bising lagi, lambat lagi..Kita dah arrange hantar dekat SRA pun kau buat perangai sama jugak..Nak tegur, nak marah, kang entah apa pulak dia kata dekat Ammar...Buat Ammar rasa stress pulak nanti..

Masa Ammar ada latihan rumah sukan hari tu pun driver ni buat hal..Hari tu setiap hari Selasa, sekolah Ammar buat latihan rumah sukan..Sebulan je..4x Selasa je..Dia cakap dia tak boleh ambil Ammar jam 4 pm hari Selasa tu..udah aku kena bagitahu cikgu rumah sukan cakap Ammar tak dapat datang sebab takde transport. Aku & Hata pulak tak dapat nak cuti atau balik awak setiap minggu..Nanti ganggu kerja pulak.

Minggu lepas Ammar mengadu lagi..Driver tu buat hal lagi...Ammar cerita, masa van masih belum betul-betul berhenti, dia Ammar "TERJUN"...Korang rasa macamane? Mesti la Ammar terkejut dan takut kan sebab disuruh buat macam tu...Selama ni takde pulak buat macam tu..Aku & Hata rase macam nak meletop bom Hiroshima dah waktu tu..Terus aku cakap dengan Hata kita stop terus la amik servis dia...

Sudahnya Jumaat malam Sabtu tu aku kol semula akak van yang pernah hantar & ambil Ammar masa Ammar darjah 1 smp 2 kalau tak silap...Akak ni stop ambil & hantar Ammar sebab waktu tu makin sikit student yang dia kena hantar ke taska sekarang.Jadi dia rasa macam tak berbaloi. Jadi aku pun hire la van sekarang ni..Aku cerita situasi Ammar..Lepas tu aku cakap aku nak hire dia untuk urusan sama macam van sebelum ni..Cuma hari yang ada KOKO dia hantar Ammar ke SRA. Balik dengan van lagi satu macam biasa. Akak tu terkejut sangat dengan perangai driver ni..Padahal dieorang dalam komuniti yang sama.

Aku cakap mujur aku tak report dekat SPAD. Kalau tak semua driver dekat sekolah tu kena nanti. Bukan nak curah pasir dekat periuk nasi orang..Tapi kalau jadi ape-apa dekat Ammar macamane? Mujur jugak aku tak buat report polis tau. Sebab dah banyak kali sangat dia buat hal. Ni kalau buat report & polis tanya Ammar untuk cerita A-Z, memang Ammar akan story habis ni..Habis driver tu nanti. Silap-silap kena gantung lesen langsung tak boleh cari makan. Tapi aku ni fikir lagi...Baik kita selamatkan anak kita dulu...Alhamdulillah akak ni setuju dengan jadual yang aku bagitahu...

Macam ni la orang kan?
Aku bukan nak mengata atau merendahkan orang...
Tapi kau keje bawak van aje tau...
Amanah kepada engkau orang bayar untuk bawak anak yang mereka sayang untuk menuntut ilmu sambil parent cari rezeki supaya boleh bagi sikit hasil rezeki tu dekat kau sebab kau mampu dan ade service bawak anak mereka ke tempat yang diminta.
Kalau semua parent ambil & hantar anak dari sekolah...
Rasa-rasa kau ada mata pencarian ke?
Andai kata kelulusan kau setakat bawak van je..
Betul rezeki tu luas..
Tapi sekarang aku cerita kalau kau hanya layak bawak van sekolah je...
Tapi kau ambil kesempatan atas  kesusahan orang lain dengan naikkan harga ikut sesuka hati tapi tak padan dengan service yang kau bagi..
Kau naikkan upah. Kami setuju...
Dari rutin biasa kau nak yang senang...
Dah bagi yang senang, kau buat sambil lewa pulak...
Lepas tu siap sindir-sindir budak darjah 4...
Otak kau kemana ek masa keluarkan ayat-ayat menyindir macam tu?

Kau kena fikir dengan hasil duit dari bawak van ni...
Kau boleh tanggung family kau...
Bagi anak bini kau makan, pakai, tempat tinggal...
Jadi tolong la berkatkan rezeki yang kau dapat ni dengan bekerja dengan ikhlas....
Bukan bekerja sambil lewa..
ASAL HANTAR SUDAH...
TAK PAYAH HIRAU JAM BERAPA KAU AMBIL..

Tapi aku dan Hata tak cakap apa-apa pun dekat driver ni...Hari Sabtu hari tu Hata message driver ni cakap kami stop amik servis dia with immediate effect..Lama jugak Hata cakap nak bluetick. Dah bluetick driver langsung tak reply ape-ape jawapan..Reply OK pun tidak. Ntah-ntah dia memang tak nak amik Ammar. Tapi kalau dia cakap dia tak nak amik Ammar, dia risau kami akan merayu dekat dia yang buatkan dia jadi serba salah. Sebab tu dia buat perangai..Mungkin la kot..Aku pun tak pasti apa motif tindakan dia tu..

Jadi hari Isnin hari tu Ammar naik dengan van akak tu dari SK ke SRA..Aku dah pun bayar full yuran untuk bulan August dekat akak tu walaupun kami start 18/8..Tak pe lah..Janji Ammar ada transport....Dari SRA ke rumah, masih van yang sama sejak Ammar darjah 1 lagi...Dengan orang macam ni kita jangan cakap banyak sebab risau hati kita akan lagi sakit bila dia ada alasan dia untuk balas kata-kata kita...Jadi baik la aku cakap dekat sini je...😆

Semoga akak ni dapat tolong aku & jaga Ammar dengan baik sama macam masa Ammar darjah 1 & 2 dulu...Amin...

3 Comments:

adnil linda said...

Pernah cakap dekat husband, kalau dah pencen nanti, sesambil hanta anak ke sekolah, amik grab lah untuk anak2 jiran.. hahaha
Moga yang baik2 je untuk ammar

Aien Rusli said...

Sian kat Amar. Sakit plak hati sy dengan peel driver van tu. Yuran nak mahal tapi servis yg dibagi cincaiiii. Banyak sngt alasan driver tu. Redflag tu sis. Mujur sis dah stop awal sebelum jadi sesuatu yg lebih teruk. Risau plak dgn dunia skrg ni. Ramai manusia yg takde otak

Roziah @ Cie said...

Tak ikhlas bekerja macam tu la. Kesian anak jadi mangsa bila dapat van driver yang selfish macam tu. Geram pulak baca ni.