COUNTING DAYS OF COMPANY TRIP 2025

As Salam
Yeay!!!!! Today si FRIDAY!!!!...Seronoknya lah bulan September tahun ni sebab kita yang bekerja makan gaji telah dimanjakan dengan cuti kapit yang banyak bermula dari hari merdeka sampai la ke cuti tambahan untuk hari Malaysia...

2 minggu lagi nak sampai ke tarikh activity company trip...Kemana kita? Kami ke Kuantan kome 😆...Kali ni bos bawak jalan-jalan dalam Malaysia je...Pilih date yang tak kena dekat cuti sekolah / public holiday sebab nak pegi hanya untuk 2 hari 1 malam dan tak nak berebut jalanraya dengan yang lain 😆..Kami akan stay dekat hotel yang mana? Nanti aku share.Apa preparation aku untuk company trip kali ni? Takde yang baru...Semua pakai apa yang ada je janji sesuai dengan keadaan dan cuaca...Yang pasti kena add on hand fan, & plastic untuk letak baju kotor...
Aku memang plan nak bawak backpack yang sedia ada dekat rumah je..Takde plan nk beli bag baru yang berkapasiti besar.. Bahan-bahan untuk buat games pun ade dah prepare..Aku dah beli ballons dekat Ninso masa top up benang kait che mek...Straw aku bwk dr rumah, getah amik dekat ofis je sebab dekat ofis getah dia warna warni..Jadi aku akan mintak 2 warna dari admin...

Selipar pun dah ada...Nak pakai waktu dekat pantai masa games nanti...Duit belanja rasanya tak perlu bawak banyak-banyak sebab sekarang kan dah banyak yang cashless..Lagipun bab makan ofis dah sponsor 😆..Untuk sling bag, aku akan pakai sling bag Jeep yang aku beli hari tu je...Settled...

Harapnya trip kali ni berjalan lancar sebab kali ni hampir 1 office join..Hanya 4 orang je yang tak dapat join atas sebab peribadi...Bos akan sewa 2 biji MPV...Jadi cukup untuk kami dalam 13-14 orang termasuk seorang anak lelaki bos...

Korang kemana esok lusa ni?
Aku ingat nak menjahit kain-kain perca yang ada ni...
Korang ade idea aku nak jahit ape lagi dengan kain-kain perca ni?
Kalau ada share sini ye...

9 comments:

  1. syok tu company trip walaupun dlm msia..sure tk sbr tu

    ReplyDelete
  2. Bestnya ada company trip. Syok buat aktiviti nanti. Macam team building jugak la ye ada games bagai.

    ReplyDelete
  3. Menarik ada company trip ya. Boleh mengeratkan silaturrahim sesama rakan sekerja. Rakan serumah ikut ke?

    ReplyDelete
  4. Mama Tisya : Alhamdulillah..itu la..excited jgk ni =D

    Cie : Iye..Kita cuba buat yg simple janji fun =D

    Pokcikblogger : Amin..Thx

    Ezna : betul tu sis..Rakan serumah duduk rumah jaga anak2..Hahaha

    Sueann : Alhamdulillah..Thx =D

    Linda : Amin..Thx dear...=D

    MZ : betul tu sis...FOC kita onzzzz... =D

    ReplyDelete
  5. Lama betul takde company trip.
    Tahun lepas syarikat buat team building yang kami terpaksa join tapi sebenarnya kami semua nak trip melancong happy happy.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.