Sep 11, 2025

CUCI MATA KERETA

As Salam

Dah lama Hata plan nak cuci mata kereta kami ni...Sebab sejak kebelakangan ni Hata cakap pencahayaan dari lampu kereta ni dah tak berapa kuat..Dah la Hata tak berapa nak nampak kalau drive waktu malam...Bila jadi macam ni aku terus rasa tak yakin nak ajak Hata drive malam-malam...

Lepas Hata survey beberapa tempat, kami jumpa kedai ni...Terletak seberang jalan dengan Lotus's Ampang..Namanya TOKMAT CUCI LAMPU AMPANG .Masa mula-mula sampai staff tu check dulu condisi lampu kereta kami...Lepas tu dia tanya berapa harga yang staff sebelum ni bagitahu secara w/app masa Hata explain tentang condition lampu kereta...Lpeas tu dia pun explain apa nak kena buat dengan keadaan lampu macam kereta kami sekarang..Ding dong ding dong, kami pun setuju untuk buat service ni...
Service yang disediakan...
Katalog jenis-jenis coating yang ada...
Kami pilih Kristal Black...Tambah RM20..
Mula-mula staff ni kikis coating yang lama...
dah terkopek-kopek kome...Tinggal sisa je..
Lepas tu mereka wrapped bahagian kereta macam ni...
Lepas tu mereka potong plastic wrap tadi hanya dibahagian lampu utama...

Salotape keliling lampu...
Lepas tu proses kikis / buang layer coating pertama...
Lama jugak proses ni...Lepas guna mesin, guna tangan pulak..
Proses keringkan bahagian lampu untuk tengok kesan
pembersihan guna mesin tu dah complete atau tak...
Ini proses keringkan kawasan sekeliling lampu 
supaya tak nak ade air yang tertinggal...
Waktu ni bunyi mesin nyaring ye kome...
Dah macam bunyi mesin tampal gigi..
Proses spray coating sebanyak 3 layer...
3 kali spray dengan jarak 5 minit setiap sekali spray...
Result selepas selesai proses pembersihan & letak coating baru...
Terus nampak cerah lampu kereta teman ni kome...

Lepas selesai proses ni, staff bagitahu kereta tak boleh dibasuh selama 2 hari...Sebab risau orang cuci kereta akan polish coating yang baru diletak..Tak boleh kena hujan jugak sampai coating ni betul-betul kering dalam tempah 3 ke 4 jam...

Masa sampai rumah nampak awan dah mula gelap..Terpaksa la kami adjust porch rumah ni untuk masukkan kereta ke bawah porch...
Semoga usaha kami membuahkan hasil...

Korang pernah ke cuci mata kereta korang?
Aku 1st time cuci...Kereta-kereta sebelum ni tak pulak kami buat...😁

4 comments:

Mama Zharfan said...

1st time lah i tahu psl boleh cuci mata kereta hehehhe memang siyes tak tahu laaa wujud benda gini

Suria Amanda said...

Tak pernah rasanya...hahaha..hantar cuci biasa je kat kedai

adnil linda said...

Linda memang tahu boleh cuci mata kereta tu..tapi, tak pernah buat lagi ..
Suami kata nak buat sendiri je nanti, sebab dia ambil kursus spa kenderaan masa nak pencen hari tu .tu yang IGT nak balik Tronoh, nak buat yang sikit² je macam cuci mata kereta nie

mama tisya said...

1st time dgr cuci mata kete