ELIANTO BODY MIST

 As Salam


Memandangkan body mist untuk kids dah habis dan kita pun tak keluar ke mall buat masa sekarang ni, maka kita beli online aje lah...Ini kali pertama aku beli body mist dari Elianto...Sebelum ni pakai body mist dari Victoria Secret & Bath & Body Works je...Bila semua stock 5 ke 6 botol tu dah habis - after maybe a year or more tak stock up, jadi kita kena cari pengganti yang paling senang nak dapat...

Kebetulan pulak tiktok live shop elianto ni lalu dekat tiktok aku..Jadi kita grab la 4 botol untuk try...So far ok la bau dia..Not so strong & takde yang hidung aku tak boleh terima..Semua 4 flavor ni aku boleh terima..Aku amik flavor bubblegum, rosey (host cakap fast selling), watermelon & strawberry...Masa OTW ke Pekan hari tu aku bagi che mek tengok & che mek dah pilih 2 flavor...Jadi lagi 2 tu aku letak dekat shelf rack tepi rak TV tu supaya every morning Ammar boleh spray sendiri...

Waktu live dapat harga RM14.85/botol..Murah ke Mahal? Aku pun tak tahu sebab 1st time beli...Ok la kot kan? Kalau VC / BBW tu kita tahu la berbaloi sebab botol dia besar 😁..Sekarang aku jarang terserempak dengan SALE dari VC atau BBW..Biasa kalau terserempak memang akan beli at least 1 botol untuk buat stock dekat rumah..Kalau nak keluar gi mamak or tetibe kena pegi kedai, boleh la spray sepicit dua dekat badan...

Ini tak pasti la berapa lama boleh bertahan...Harap-harapnya boleh la sampai ke hujung tahun...😆...Hari ni mungkin kami akan ke Hospital An-Nur sebab Hata nak melawat VP dia yang cedera masa main bola hari Khamis malam Jumaat hari tu..Dengarnya sampai kena operate bahagian pergelangan kaki sebab ada urat yang putus...Mungkin kuat sangat kot kena tackle...Harapnya takde yang terlalu serius...

Ni nak fikir samada lepas melawat nak singgah Sungai Merab ke idak ni 😁
Korang buat apa hari ni?

8 comments:

  1. Tak arif dengan brand ni... tak tau mahal ke murah

    ReplyDelete
  2. Tak pernah beli brand ni. VS tu pernah la sekali je beli.

    ReplyDelete
  3. Bauan dia menarik, rosey tu mesti bau best kan. Watermelon, strawberry dan bubblegum baru fresh dan manis gitu. Saya pun tak pasti murah ke mahal sebab tak pernah beli jenama ni. Kalau berjaya bertahan sampai hujung tahun ni okaylah, berbaloi beli. Harga pun okay tak terlalu mahal sangat. Tak silap saya kalau BBW tu bila ada sale murah pun RM30 lebih juga kan sebotol. Ke?
    Semoga VIP yang cedera tu cepat sembuh. Aamiin...
    Sg Merab kawasan agak jem jugak kan situ. hihi...
    Harini balik kampung dari kampung saya ke kampung suami.

    ReplyDelete
  4. 1st n last beli masa nak kahwin, buat hantaran..Kikiki .
    Kesiannya VP Hata tu, sampai putus urat nya..moga yang baik² je

    ReplyDelete
  5. Akak suka..akak ada semua tu...suka guna lepas mandi...

    ReplyDelete
  6. ari tu i ada beli bodymist kat shopee tp lupa brand apa...wangi sgt, suka!!!

    ReplyDelete
  7. First time dengar.. Macam menarik untuk dicuba..

    ReplyDelete
  8. Uncle : Kita geng =)

    Cie : VS tu sy sekalu beli time promo je =D

    Aphizha : Itu la..Biasa beli VS & BBW je..kita try yg ini plk =)..

    Linda : Betul..mmg kena operate kaki dia tu...

    SA : Nice...

    MZ : Ala..nnt jumpa share ye sis..

    SA : Betul tu..Nnt time sale bleh try beli =D

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.