As Salam
Hari tu gatai pi tengok phone casing...Ade je yang takde dalam koleksi...Lalu ter-check out 4 pcs...Semua tu memang takde dalam collection...😆
Aku top up 4 pcs jer...Sebab design & fesyen ini memang takde dalam koleksi
Ini semua berpunca dari aku kehilangan 1 bundle phone casing masa buat spring cleaning hari tu..Aku betul-betul tak ingat aku letak dekat mana masa mengemas area bilik ni..Seingat aku memang aku tak buang...Kalau terbuang memang menangis la kome...Banyak jugak koleksi dalam tu...Aku jeles dengan phone casing IP...Banyak gile design yang cute-cute...Design untuk phone model ni macam limited sikit...Apa pun aku sayang phone ni...Tinggi modal yang dileburkan 😁..Kalau jumpa semula nanti memang aku kena sediakan satu bekas khas hanya untuk phone casing je..Senang nak cari setempat macam yang aku buat dekat koleksi tali jam smartwatch sekarang ni..Tapi buat masa ni aku selesa pakai yang warna hitam tu..Itu aje la aku lenjan sampai sekarang...
Aku sejenis yang suka phone casing silikon / plastic / TPU berbanding leather / hard case...Kalau 3 senarai casing diatas tu senang sikit nak tukar-tukar sebab dia lembut dan tak merosakkan casing bila jumpa tuan yang sejenis suka tukar-tukar casing macam aku ni...Pernah je pakai yang hard case..Masa nak tukar casing terkasar tang mana tak tau la..Udah sompek casing tu.....Casing phone yang paling murah aku pernah beli adalah harga RM2.98...Paling mahal pejam mata bawah dari RM15...Biasa aku akan cari casing yang murah-murah je sebab sejenis yang suka tukar-tukar..Jadi bila suka tukar-tukar, kena la cari harga yang murah supaya boleh beli dalam kuatiti yang banyak...Kan?
Korang pulak jenis yag macamane?
Suka tukar-tukar ikut mood atau pakai sampai koyak / rosak baru tukar?
Semalam che mek dah awal-awal bagitahu dia nak makan nasi lemak Saleha dekat area tasik Sri Rampai tu...Aku & Hata tak mo makan nasi..jadi kami bungkus nasi lemak Saleha, lepas tu pegi makan dekat kedai Sarah Tomyam tepi tasik Sri Rampai tu...Aku order sup daging add on nasi impit 3 bungkus kecik...Sedapnya la bila dapat makan macam ni...Rase macam makan bubur nasi pekat sikit dengan sup / makan soto daging 😁
Pedas menyengat kaw...
Hata amik sup daging add on kuey teow...
Kedai Sarah Tomyam ni pada aku menu masakan dia memang kena dengan tekak...Cuma dah jadi kebiasaan kami sebelum datang kol tanya tentang menu..Ada semua atau ada sesetengah je..Sebab Sarah Tomyam ni rasanya dieorg ada 2 tukang masak & 2 tukang buat air..Jadi kalau salah seorang takde..Maka menu makanan & air tu limited.
Katakan tukang masak A pandai masak siakap steam limau, tukang masak B pandai masak siakap 3 rasa..Jadi kalau tukang masak A takde, menu siakap steam limau tu takde untuk hari tu sampai la tukang masak A masuk kerja semula..Macam tu jugak air..Kalau tukang buat air A pandai buat air jus...Tukang buat air B pandai buat air teh o ais..Kalau tukang masak B takde...Makanya hari tu menu air dekat kedai tu hanya air yang berasaskan jus...
Aku rasa sebab dieorang tak nak nanti order jadi jammed bila sorang aje tukang buat air / tukang masak...Waiter akan bagitahu dengan customer apa menu yang ada hari tu kalau salah seorang dari tukang masak / tukang buat air takde...Mungkin hari tu pelanggan dieorg akan kurang, tapi tetap tak putus...Kan?
Esok Hata tengah dalam dua pulak nak gi check mata dekat klinik mata prof muhaya tu...Padahal dah booking date...Hata jadi dalam dua nak pegi sebab dia ada banyak kerja nak kena prepare untuk next week...Tengok la macamane keputusan Hata esok...Aku follow je...Kalau follow kena tunggu dalam 2 ke 3 jam..Jadi sementara tu mungkin aku akan bawak anak-anak ke Pavilion Bukit Jalil la kot sebab Hata bagitahu klinik tu area sana je...
Malam ni nak dinner ape ek?
3 comments:
Cie beli kat Shopee je murah2. Sekali beli 3-4pcs. Memang simpan setempat jela senang tukar2.
cantiknya semua casing.....yg munga-munga tu pun cantik
kalo yg suka tukar2 mmg sesuai la bli byk2 and murah tu....pernah pki yg silikon ..skarang pki yg hard case..mmg pki smp koyak br tukar
Post a Comment