As Salam
Aduhai cerita ni jadi dihari Jumaat pagi yang pada mulanya indah bagi aku...Jalan rasa smooth, traffic light hijau & cuaca elok..Tapi yang buat tetibe darah aku blow up adalah masa aku sampai dekat LRT Sri Rampai nak masuk ke parking motor, tertibe aku nampak seorang perempuan ni dengan confident park kereta melintang laluan motor sambil keluar kereta alihkan kon sebab nak bagi muat kereta dia...
Waktu ni motor aku memang dah mengadap pintu kereta penumpang dia...Dari motor je aku jerit...
"Miss!!! Macamana I nak masuk???"
Buat muka tak puas hati aku bercakap dengan nada yang kuat sebab nak bagi dia dengar & tengok aku yang atas motor ni..Aku rasa pejalan kaki yang lain pun dengar suara aku waktu tu..Kan pagi lagi..Kurang asam betul...Ape ke bengong sangat kau dah nampak itu laluan motor tapi masih gigih nak alihkan kon untuk park kereta kau...????
Aku nampak muka terkejut dia sambil tengok aku macam nak tak nak tengok je..Lepas tu dengan takde kata sorry or angkat tangan say sorry, that gurl masuk kereta & blah keluar dari kawasan LRT...Macam harum sundal malam...
Waktu aku tunggu kereta dia keluar, aku perasan ada seorang budak lelaki berjalan dari tempat parking motor nak ke LRT...Dia lalu laluan motor tu jugak..Aku nampak dia perati je kereta tu sampai kereta tu blah...Lepas tu ada sorang budak lelaki lain belakang aku pun pandang je kereta tu...Waktu yang sama bas pun lalu masa dia tengah terkial-kial nak keluarkan kereta dia...
Aduhai...Terus rasa menyirap aku pagi-pagi Jumaat tu...Tapi mujur bersabar sebab dia pun dah blah walau takde sepatah ayat pun yang keluar dari mulut dia untuk buat hati aku ni sejuk sikit..Kalau dia berkeras nak park jugak kereta dia dekat sana memang aku tongkat motor & turun cakap depan-depan je...
Tu sebab kadang-kadang rasa malas nak bawak motor ke LRT sebab kes-kes remeh macam ni lah...Kes-kes macam ni telah mencemarkan mood pagi aku yang tengah berkobar-kobar nak pegi kerja...Tu sebab kadang-kadang aku sanggup membonceng dengan Hata sampai ke LRT KL Sentral & kalau Hata balik lambat, aku sanggup balik rumah naik cab dari kena tahan amarah sebab kes-kes macam ni...Tak kena waktu nak pegi kerja, kena waktu balik keje pulak...
Aku tak faham kenapa pemandu kereta yang park kereta dekat LRT ni takde COMMON SENSE ek...Kalau bahasa kasarnya cakap BODOH PIANG...Kereta mahal-mahal tapi OTAK macam tertinggal dekat rumah...
Aduhai...Tak sabar pulak rasa nak pindah...Tapi nak kena belajar pulak parking dekat area LRT Taman Melati tu...Aku tak pernah test lagi parking motor dekat sana..Harap-harap lepas pindah parking motor dekat sana lebih baik dari sini...Amin
Done membebel petang Ahad ni...Esok koje kome 😆
0 comments:
Post a Comment