MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MUSIM 5

As Salam

Jarang-jarang aku nak update rancangan terkini dekat astro sebab sekarang ni aku memang dah jarang tengok TV kome..Kalau tengok pun sebab Hata ajak tengok...Kalau nama nak lepak depan TV memang idak melainkan waktu melipatkan...

Ni aku nak cerita sebab shot dieorang asyik lalu dekat FYT Tiktok aku je...Jadi terasa la nak share...Bila dah tengok shot-shot ni, aku rasa seronok pulak combination peserta disetiap kumpulan...Macam best aje setiap team..Siapa sangka Naqiu & Aziz M Osman join competiton ni?

Achey dengan Fad dah tak sekali..Jadi mesti ade idea lain-lain dari team mate masing-masing kan? Aku tengok minggu pertama dieorg pun takde la teruk sangat sebab yang masuk ramai yang otai..jadi lawak masing-masing bukan lagi lawak bodoh. 

Setakat ni aku suka tengok team Roda, Nanas, Puteh & Genzi . Cuma kali ni aku harap tiada apa-apa perkara yang dilakukan oleh Ali Puteh yang boleh cetuskan controversi & harapnya orang lain boleh lupakan sekejab kes dia yang dulu-dulu...Dia pun nak cari makan jugak..Dia pun ada family nak disara..Dia pun ada minat dia dengan join competition ni...

Yang lepas tu dia pun rasanya dah dapat atas apa yang dia dah buat..Aku tak nak sentuh part itu..Sebab semua tahu siap betul & siapa yang perlu ingat disetiap perbuatan akan ada balasan.

Semoga pertandingan kali ni adalah pertandingan yang bersih & kami semua terhibur...

Korang layan ke rancangan ni..?

5 comments:

  1. Alamak... uncle agak ketinggalan la dalam hal2 ni....

    ReplyDelete
  2. Akak kureng skit tgok MLS ni...dulu suka..faktor umur kot

    ReplyDelete
  3. i pun jrg sgt tgk tv! tp now looking fwd nak tgk gegar vaganza..memang tak pernah miss tgk every year hehe tu jerlah sbb i masih melanggan astro

    ReplyDelete
  4. Kelakar memasing kalini.. Nona tengok bila lalu kat TikTok ngn IG je..sebab takdak Astro dah. Huhu...

    ReplyDelete
  5. Uncle : Uncle byk sgt tgk fon ni =D

    SA : Maybe..Sy pun tkg dkt TT je ni sis..=D

    MZ : Wahhh...GV..Igt masa dpt tix free dulu..Time naqiu & tomok =D

    Nona : Sy ada astro pun asyik trlepas je Waktu tayangan sbb ade hal lain =D

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.