Nov 2, 2025

DIA BUKU YANG BELUM BERTEMU RUAS

As Salam

Aku ni sebolehnya nak tolerate dengan sesiapa sahaja yang bergelar tenaga pengajar dekat anak-anak aku...Tapi bila ada hal-hal yang melibatkan tahap keselamatan anak aku yang mungkin tergugat dan perkara yang dibuat adalah bukan atas kebenaran aku atau Hata, memang aku bertindak...

Korang baca aje la apa yang aku screenshot ni..Aku ni memula tak nak mengadu dekat Ustazah SRA Ammar ni..Tapi rasa terpanggil untuk bagitahu sebab dia guru kelas SRA Ammar...


Aku tak sangka Ammar mengadu jugak dekat Guru Kelas dia..Mujur ustazah tu tahu perangai Ammar jenis yang macamana...Macam sebelum ni ada student buang buku teks Ammar keluar tingkap...Aku bagitahu ustazah, then ustazah tu cakap perents tu hanya mintak maaf je..Bukan nak ganti buku teks tu...Tapi aku diam je sebab waktu tu masih boleh bersabar...

Ade jadi kes jugak Ammar bagitahu ade kawan kelas dia tumbuk (bergurau tapi menyakitkan) & cekik Ammar dengan lengan dari belakang sampai Ammar terjatuh & spek mata ada calar...Yang ini aku tak report dekat cikgu..Tapi aku cakap dengan Ammar, kalau budak yang sama buat lagi, Ammar bukak aje silat lawan balik..Apa guna ibu hantar Ammar belajar silat kalau Ammar tak guna silat tu untuk defense diri sendiri? Kalau dia mengadu dekat mak dia & mak dia datang jumpa Ammar, Ammar bagitahu ibu..Kita settle belakang...Tapi Ammar cakap dia tak boleh balas balik sebab nanti budak tu akan mengadu dekat abang dia yang darjah 5...

Aku jawab kalau abang dia yang darjah 5 tu datang jumpa Ammar, Ammar bagitahu ibu biar ibu datang SRA jumpa abang dia pulak...Kenapa selama ni Ammar tak balas? Sebab selama ni aku terapkan dekat anak-anak aku KALAU ORANG BUAT KITA, KITA JANGAN BALAS, KITA CAKAP ELOK-ELOK...CAKAP DEKAT DIA PERKARA YANG DIA BUAT NI TAK BAIK...Ternyata perkataan tu dah takde effect dekat budak-budak ni...Jadi aku mula ajar anak aku tumbuk balas tumbuk...Janji bukan anak aku yang mulakan dulu...Biar budak tu tahu bukan semua budak dia boleh buat sesuka hati macam dalam game yang dia main...

Ahli masjid ni pun satu...Bukan ke dekat masjid tu ada CCTV..Kalau betul marah sangat dekat student-student SRA ni berlari-lari dekat area masjid yang hanya 10 langkah dari SRA..Amik la footage CCTV tu report dekat Guru Besar SRA tu..Yang dia nak amik video dari henfon sendiri tu dah kenapa? Kalau dia ada niat lain selain dari nak report dekat Guru Besar SRA tu macamana? 

Itu dah melanggar hal asasi pelajar tau sebab amik video tanpa kebenaran ahli keluarga pelajar...Ahli masjid yang amik video ni pun bukan bujang terlajak..Mesti dah ada anak & cucu..Cuba kalau orang lain buat perkara yang sama dekat ahli keluarga dia..mesti dia pun akan mengelupur jugak kan?

Aku bukan cakap kosong tentang hak asasi pelajar...Ni aku tunjuk dekat korang memang ada akta hak kanak-kanak...Nak hire lawyer???Aku boleh je refer super senior litigation lawyer aku...



Aku harap ahli masjid tu tahu apa yang dia buat dan jangan sampai tindakan dia tu nanti memakan diri sendiri...Kalau bab anak ni takde parents yang amik sambil lewa melainkan kalau parent tu memang nak anak tu mati.

1 comments:

Roziah @ Cie said...

Haihhh macam2 la orang zaman sekarang ni kan. Tegur jela bebudak kalau ada yang main2 tu. Tunjuk la cctv bukti bebudak tu main. Duk record video anak orang tanpa kebenaran kena saman nanti baru ada akai.