Nov 11, 2025

INI BUKAN CERITA PINJAM SERATUS

As Salam

A few days back ade seseorang yang memang jarang bertanya khabar tetibe pepagi hari message aku...Time tu aku dalam LRT...Bila nombor tak dikenali message tapi panggil nama panggilan aku dekat kampung, mesti la kita suspicious sikit kan?..Jadi sampai dekat ofis baru la aku reply message tu...Aku ni pulak tak save contact number dia, jadi masa reply what's app tu aku tanya la sapa ni?πŸ˜†

Lepas reply baru aku check contact...Aku kenal ni..Tapi aku diam aje dulu tunggu dia reply...Dalam 15 minit macam tu baru dia reply...Betul la orang yang aku teka tu...Tak ada nak berkias-kias dia terus straight to the point seperti tajuk diatas...Semestinya diawal message aku dah syak ade sesuatu...Sekali TEPAT sangkaan aku..

Aku biarkan message tu dalam 15 minit jugak sebab ade keje ofis yang aku nak kena buat..Dah free sikit baru aku reply...Aku cakap yang aku takde amount besar yang dia mintak tu sebab aku tengah renovate rumah..Banyak lagi nak guna duit...

Weehhhhhhh!!!! Dia paham bahasa kome...Dia mintak jugak tapi kurang separuh dari yang dia mintak awal-awal...Separuh pun masih 4 angka...Korang rasa aku nak layan??? Memang idak la kome...Lepas tu aku mengadu dekat 4 kakak-kakak aku..Semua cakap jangan bagi pinjam & jangan layan lepas aku bagi jawapan tapi dia masih tak paham bahasa...

Tak lama lepas tu Kak Yong aku PM tepi cakap dia pun kena jugak dengan orang yang sama dengan keinginan yang sama...Lepas keje aku kol kak yong nak tahu cerita lebih detail...

Masa aku kol kak yong, dia pun cerita la yang sebenarnya minggu lepas mereka ada datang rumah kak yong dekat kampung untuk tujuan yang sama...Aku syak yang menjadi punca dia message dekat aku adalahhhhh...

Masa dekat rumah kak yong, mereka nampak perabot macam baru yang tak pernah ada dekat rumah kak yong...Mereka tanya la baru beli ke? Kak yong jawab aku yang bagi sebab aku nak pindah...Kak yong cakap aku dah beli rumahhhhh dekat KL ni...Aduhaiiii..Kak yong gi bocor rahsia la pulak..Kita ni punya la sembunyi-sembunyi dari pengetahuan family jauh & rasanya tak perlu dihebahkan dikalangan mereka..Sekali kak yong story pulak😁

Kak Yong pun buat perkara yang sama dengan aku..Tak dapat nak bagi pinjaman tidak berlesen kepada mereka..Bukan tak nak tolong..Tapi tak percaya tentang janji macam tin kosong tentang cara pembayaran balik tu...

Haaa..Gitulah cerita dia..Aku ni kalau adik beradik nak pinjam seratus dua boleh la aku gagahkan bagi pinjam sebab adik beradik sendiri...Kalau yang lain ni...Tambah-tambah pulak kita tahu perangai mereka...Memang sebolehnya kami 5 beradik ni mengelak..Dari bergaduh masa nak tuntut hutang, baik la tak payah bagi...

Gitulah cerita dia...Memang cerita bukan pinjam seratus...😁

Kalau nak cakap bahasa kasarnya, kiteorang (5 beradik) keje tonggeng terbalik mencari duit, kome senang-senang je cakap nak pinjam...Ape usaha yang mereka dah buat sampai merata nak buat pinjaman??? Ade buat kerja extra?Bukan tak kesian..Tapi tak boleh nak kesian sebab perangai tak berubah pun dari awal nampak macam berduit, sampai la terdesak macam ni...

Masa kami 5 beradik masih hidup dalam kesederhanaan, mereka pandang kami macam kami ni miskin sangat...Sekarang bila Allah balikkan apa yang mereka hina kami dulu, tau pulak menagih simpati... Kami 5 beradik bukan berdendam..Tapi more to lebih berhati-hati agar hati tidak tersakiti lagi...Gitewww...

Cukup ade seseorang yang aku pinjam bagi RM50 sebanyak 2 kali sebab sebelum tu dia mintak pinjam RM200..Aku cakap aku takde duit...Tapi dia mintak RM50..Aku pun bagi la atas dasar kemanusiaan. Sekali je berbayar lepas sebulan mintak balik...Tapi yang lagi sekali tu, sampai sekarang yang dah masuk setahun lebih buat senyap je tak berbayar...Aku mintak dalam what's app langsung tak dilayan kome..Blue tick je...Sama kes la jugak dengan yang diatas..Nak bertanya khabar jauh sekali..22 tahun lepas, masa arwah mak aku mula sakit, mereka berlagak cakap apalah sangat kalau setakat RM300 sebulan untuk beli ubat mak yang masa tu aku pun baru nak keje...Kakak-kakak aku baru nak cari rezeki keje sendiri sebab kilang CPT Kampar kena tutup...

Korang boleh imagine kan kalau keje kampung & dengan aku yang baru nak keje ni nilai RM300 masa tu besar mana??? Memang la aku bagi pinjam RM50 tu kecik aje nilainya...Tapi bila hati ni tak berapa nak ikhlas bagi pinjam..Bagi pun sebab kesian, memang aku tuntut la..Ni lagi RM50 tu aku dah malas nak tuntut...Aku dah redha dah kalau dia lupa atau melupakan...Aku cakap pada diri sendiri, selagi dia hidup, aku tunggu je dia bayar balik..Tapi kalau satu hari nanti dia mati sebelum sempat bayar balik, aku halalkan...

Kadang-kadang sakit dan pedih bila ingat balik kata-kata berlagak mereka..Tapi bila syaitonnirrajim berbisik...Inilah karma mereka...Hati aku macam puas tapi masih tak puas...Jadi aku mintak dengan Allah untuk buat aku redha dengan apa yang terjadi...Untuk aku lebih tenang dalam meneruskan kehidupan harian..Berdendam ni penyakit kome...Penyakit batin yang boleh buat kita jauh dari Allah...

Ingat lagi masa aku dapat nombor 1  dalam cosplay competition yang menang RM2000 tu, aku post gambar kemenangan dekat FB...Duit tu belum masuk pun lagi dalam akaun aku..Dah ada yang PM nak pinjam RM500 kome...Rasa nak pengsan masa baca permintaan orang tu..Aku tak tido sampai jam 3 pagi nak siapkan costume punya berusaha nak menang, korang tengok gambar terus nak pinjam...Syaitonnirrajim betul... πŸ˜†


Korang pernah ke jadi macam aku ni???
Korang bagi ke pinjam?

0 comments: