Dec 19, 2025

HADIAH TANDA PERPISAHAN - CIKGU TASKA

As Salam

Hari ini adalah hari terakhir che mek akan ke taska selepas waktu persekolahan ...Alhamdulillah selama hampir 12 tahun bersama...Semua layanannya baik-baik aje terhadap anak-anak aku..Selisih faham sikit-sikit tu kita maafkan aje la..Sedangkan lidah lagi tergigit..Ini kan pula anak-anak transit dan cikgu taska..Mereka-mereka inilah yang mengajar che mek dari umur 4 tahun & menjaga Ammar seawal usianya 3 bulan setengah. Mereka je yang tahu, faham & tahan dengan perangai anak-anak kita dekat taska tu...Takziah buat arwah cikgu Ema yang telah tinggalkan kami 2 tahun lepas sebab sakit. Aku tak sure sangat sakit apa..Tapi meninggalnya di rumah dia di Pahang setelah amik cuti yang agak panjang sebab keadaan dia.

Jadi beberapa bulan sebelum tarikh ini, aku dah mula fikir apakah hadiah farewell paling ok untuk bagi pada cikgu-cikgu taska ni sebagai tanda penghargaan terakhir aku pada mereka...Jenuh jugak memikir kome...Budget pun aku tak tetapkan terlalu rendah & tak terlalu tinggi..Sekadar mampu aje janji ikhlas & biar cikgu rasa dihargai perkhidmatan mereka selama 12 tahun layan kerenah anak-anak aku...

Jadi selepas berbincang dengan Hata, kami pilih untuk bagi ini...Ok la kan...Yang penting barang boleh guna sampai rosak...😆..
Gambar barang sebenar aku tak ingat nak amik sebab dah siap-siap letak dalam bag...Ini yang cikgu-cikgu taska dapat dari kami sekeluarga...
1 set periuk & 1 set kitchen knife semua tu...Warna random..
With the cikgu's..
Semua baik-baik aje...
Semua jaga anak-anak aku dengan baik...
Aku sebak masa bagi hadiah ni...Iye lah..dah 11 tahun lebih kot anak-anak aku dibawah jagaan mereka...

Semoga pemberian ini bermanfaat untuk setiap cikgu yang dapat..Ade lagi 2 orang cikgu tu dah tak mengajar / jaga taska sini...Mereka di cawangan lain di taman Melawati..Tapi pernah menjaga & mengajar anak-anak aku...Aku tetap berikan jugak hadiah-hadiah ni pada mereka sebagai tanda penghargaan. Untuk pengetua taska ni, aku bagitau, kalau tetibe husband dia kena keluar kerja awal pagi & nak minta tumpang  Hata hantarkan anak dia ke sekolah, kami ok je..Cuma kena hantar ke rumah baru la...😆

Anak bongsu guru besar taska ni sebaya che mek...1 sekolah jugak dengan che mek cuma lain kelas..Balik sekolah naik van akak yang sama...Jadi kadang-kadang tu kalau husband dia kena datang kerja awal, husband dia akan hantar mereka ke taska seawal jam 6 pagi...Biasa dia akan mintak tumpangkan anak dia naik kereta waktu kami nak hantar anak-anak ke sekolah sebab takkan nak hantar anak dia jam 6 pagi ke sekolah & dia pun tak berani nak hantar anak dia sorang-sorang naik grab..Kalau dia ikut sekali hantar guna grab, udah 2x kos pulak...Kalau tetibe van tak boleh amik che mek dari sekolah, cikgu ni akan bookingkan grab untuk amik che mek dan anak dia balik ke taskakalau waktu aku dekat ofis...Kalau cikgu ni tahu Hata outstation & husband dia kena pergi kerja awal, biasanya dia akan bookingkan grab dari taska hantar anak dia & che mek ke sekolah. Aku pulak akan hantar Ammar naik motor ke sekolah. Gitu la cara kami tolong menolong.

Besar pengorbanan cikgu taska ni...Jadi hargailah juga mereka macamana kita menghargai cikgu sekolah rendah/menengah..Sebab dari sini la anak-anak kita mendapat pendidikan awal selain dari kita as parents yang bekerja ni...Macam aku..Both of us bekerja..Jadi memang kami letak harapan yang tinggi dekat taska untuk tengok-tengokkan & jaga anak-anak kami.

Semoga cikgu-cikgu taska terima pemberian yang biasa-biasa ni dengan hati terbuka, gembira dan terus bersemangat bekerja dibidang ini..Sebab tanpa  mereka..Kita yang bekerja ni nak hantar anak-anak dekat mane? Kan?Selain dari mereka yang ada parents boleh tolong jaga & pengasuh.

Dari bulan 7 kot aku mula beli sikit-sikit hadiah ni ikut budget setiap bulan..Setiap bulan aku beli 2 set...Cukup 6 set kita stop la beli..Untuk diri sendiri aku tak perlu beli dah sebab taska tu tinggal 5 orang cikgu je..Seroang lagi dah berenti...Jadi extra 1 set tu aku amik la...Aku beli set-set ni dekat shopee je sebab dekat shopee je bleh dapat harga yang reasonable berbanding harga dekat kedai sebelah 😆

Large totebag ni aku beli dekat kedai ECO je..Tak sempat nak jahit...Sedih jugak nak tinggalkan taska ni..Nak teruskan pun tak boleh sebab kira macam dah off way dari rumah kami...Macam che mek..Van yang sekarang ni boleh hantar dia terus ke rumah selepas waktu persekolahan sebab akak tu memang ada hantar student lain yang tinggal sebelah bangunan rumah kami je..

Ammar lagi la..Dah lama tak ke taska sejak-sejak kes van tu..Van sekarang pun setuju untuk hantar Ammar terus ke rumah dari SRA cuma both fees dah naik ke RM100 seorang...Tak pe lah..Janji ada transport untuk anak-anak balik ke rumah...

Lagi pun sekarang aku dah naik LRT dekat stesen Taman Melati...Bukan lagi stesen Sri Rampai... Dari stesen Sri Rampai nak ke stesen Taman Melati tu kena lalu stesen Wangsa Maju dulu...Memang jauh la kome...

Hari ni ada jamuan akhir tahun taska...Aku mintak Hata belikan nasi lemak Saleha & kuih muih je..Sebab tak sempat dah nak masak apa-apa...Busy siapkan costume, bag baju untuk ke Traders & hari ni pun aku tak balik rumah. Lepas kerja terus ke Hotel & Pkol 7.30 malam nanti ada rehearsal untuk OTP.


Korang pernah lalui situasi macam ni?
Korang bagi ape sebagai tanda penghargaan?

0 comments: