Jan 25, 2026

BAWA RM200, BAKI RM5

As Salam
Lepas makan dekat Kampung Baru kan kami ke Pasar Chow Kit? Masa nak keluar kereta tu Hata mencari apa tak tahu la sampai ke aku sekali kena tolong mencari. Lepas dah tutup pintu kereta semua, masa nak berjalan tu aku rasa macam kaki aku ni tinggi sebelah...Sekali aku tunduk..Nahhhhhh...
Lain sebelah kome...
Sandal yang hitam tu tinggi sikit dari sandal yang warna gold tu..
Mujur la tak berjalan jauh lagi dari kereta...
Aduhai..Ntah apa la yang aku fikir waktu tu kan?

Masuk je dalam pasar Chow Kit tu aku dah jadi rambang mata dah..macam-macam nak beli. Bawak duit RM200 je sebab memang itu yang aku plan budget untuk lauk, sayur & buah. Sronok membeli dalam ni kome. Saknika benda aku rasa nak beli. Lepas membeli, aku ajak Hata ke Giant Setapak pulak sementara tunggu Ammar habis larian merentas desa. Waktu ni aku masuk sorang sebab Hata cakap dia nak take a nap sekejab. Sakit kepala katanya. Dalam Giant aku beli barang kering & 2 ekor ayam je.

Masa OTW amik Ammar, che mek cakap dia tak siap lagi gotong royong dekat sekolah. Masa jam 11.10 kami gi amik Ammar dan balik rumah dulu. Sampai je rumah aku panaskan kuah spaghetti, panaskan 2 bekas spaghetti angle hair yang memang aku dah asing siap-siap untuk bagi Ammar makan. Dah bagi duit belanja tapi Ammar hanya beli air je masa dekat sekolah tadi. lepas tu terus la aku sinsing lengan baju mengerjakan lauk-pauk yang aku beli tadi...Apa yang aku beli? Meh aku share sini...
Sekilo sotong RM34...
Dah potong-potong dapat la 2 kali masak.
Sekilo Udang Falah RM35.
Comey-comey aje udangnya kome. 
Dapat la 4 bekas dengan setiap bekas adadalam 7-8 ekor.
Udang ni aku sorang je yang makan & mungkin jugak Hata...
Biasa kalau beli ni aku buat goreng kunyit je...In Shaa Allah next month nak ajak Hata beli udang galah ni dekat pasar tani tepi tasik Sri Rampai tu...
Walaupun mahal sikit tapi dapat yang besar-besar. Puas Hati 😆
Sekilo ikan mabong Rm20 dapat 5 ekor..
Ikan cencaru 2 ekor hanya RM5
Ikan ni aku mintak dia siap-siap belah tas sebab 
planning nk masak cencaru sumbat 😁
Daging frozen lembut RM24 sekilo...
Budak kedai ni offer nak potong nipis-nipis supaya senang nak masak...
Alhamdulillah...Jimat masa menghiris aku dekat rumah...😀
Dapat la 3 bekas untuk 3 kali masak
Tulang lembu sekilo RM22. Dapat la 12 pcs.
Tulang tu kalau ikutkan boleh 2 kali masak.
Terung pipit & terung purple bulat kecik-kecik ni total RM4..
Ni aku amik ikut suka...Terung purple tu aku ingat nak buat tumis simple-simple.Nak try sebab sebelum ni rasanya tak pernah try makan lagi. Biasa kalau terung purple ni aku makan terung yang size standard tu je 😁
Cili hijau & cili merah amik ikut suka banyak mana yang aku nak...
Total RM7..
Seronok tengok cili hijau ni kome.
Aku planning nak masak sambal hijau. Kids suka menu ni..
8 pcs RM10..Size comey-comey je..
Aku beli sebab planning nak bawak gi ofis sebiji-sebiji...
Apple comey crunchy - 18 pcs RM10 jer...
Limau sunquick ni pulak 7 pcs RM5..
Memang manis limau ni..Tak rugi aku beli 😁
Hata suka buah bidara ni...Amik la sekilo RM10...
Limau baby king ni aku amik setengah kilo RM5.
Manis limau ni kome..I loike..Beli sebab teringat ke che mek. 

Masa balik aku tengok baki Rm200 yang aku dah asingkan siap-siap untuk shopping dekat pasar Chow Kit ni hanya tinggal RM5 je..Ok la..Berbaloikan dapat banyak ni & semua ni. Bukan selalu pun aku shopping gini. Harapnya rajin lah aku memamsak bila dah ada bahan mentah gini 😆,. Next week Hata kena ke ofis dekat Senawang. Hata pilih untuk ulang alik dari rumah kesana. Lagi la rasanya aku kena masak dekat rumah sebab waktu balik tu ntah pukul berapa la Hata akan sampai rumah. jadi bila dah ada stock ni senang la sikit.
Ayam beli dekat Giant.
Aku amik 2 ekor potong 12 setiap ekor.Dapat la 4 bekas ni untuk 4 kali masak...
Ada part isi saja tu memang aku asingkan. Kot-kot la terajin nak buat nasi goreng ayam 😀Kaki tu pulak aku simpan. Kot-kot la nak buat sup simple-simple.Part hati & hempedal aku tak amik sebab malas nak masak.

Tupperware tempat aku isi ayam ni sebenarnya dah lebih dari 4 tahun aku beli dekat IKEA. Sebab masa tu IKEA tengah buat SALE. Rasanya below RM10 per pcs. Aku grab sampai 6 pcs. Bekas ikan mabong tu pulak adalah kenas brand Tupperware yang aku dapat msa ex-ofismate aku hadiahkan kepada semua muslim staff sempena hari raya tahun berapa dah tak ingat dah. Semua tu semalam baru guna untuk pertama kalinya. Mujur keadaan tupperware ni masih elok. Jadi terkota lah janji aku cakap nak guna semua bekas yang ada kan?😁

Alhamdulillah..Selesai part shopping lauk, buah & sayur sikit. Seronok dia jangan cakap la sebab rasanya macam dah lama tak stock up lauk basah banyak macam ni. Ok..Moh le kita menjahit lagi kome. Part masak kita pass baton ke Hata la dulu buat sementara waktu ni. 😆

Hari ni korang masak atau makan diluar?

1 comments:

Roziah @ Cie said...

Berbaloi la macam2 dapat tu. Bagusnya kedai tu siap hiris daging. Ni rutin husband Cie siapkan bahan mentah. Cie tukang masakkan je.