Hah rasanya jarang-jarang aku nak cerita tentang kejadian di ofis. Tapi hari ni rasa terpanggil nak cerita sebab aku terasa sedikit terganggu & annoying dengan 2 orang ex staff ofis ni.
Cerita dia begini...
Ex-staff A :
Kol ofis tanya tentang ex-Staff nama Siti. Lepas tu sebut nama aku. Lepas tu tanya tentang KERJA KOSONG???
Tapi ayat pusing dia adalah "Wife kepada kawan husband dia".
Dia ingat aku tak tahu kot kisah dalam kain dia antara ofis ni dan dia sebab ofismate lain & BOS aku sendiri bercerita dan aku sendiri tengok perangai dia tu cuma aku tak nak amik port sebab itu antara dia sebab staff lain dengan bos dan takde kena mengena dengan aku. Cukup aku jadi penonton. Tak perlu aku masuk campur hal dia. Waktu dia tanya itu ini aku jawab endah tak endah je sebab aku malas nak layan "menyembang" dan operasi mengorek kesah ofis ni.
Ex-staff B :
Kol ofis jugak tanya tentang ex-staff nama Siti. Siti tu dah setahun lebih tinggalkan ofis ni. Bila aku cakap Siti dah takde, dia nak cakap dengan ntah sapa-sapa yang dia sendiri tak sure. Bila aku tanya nak tanya tentang apa, dia cakap dia nak mintak CONTACT NUMBER ONE OF THE STAFF dari ofis ni. Wehhhh...Mana ada ofis yang senang-senang nak bagi contact number staff lain kepada ex-staff? Tambah pulak Admin/HR aku sekarang ni orang baru yang both of them tak pernah berjumpa dan kenal pun. Akai letak mana? Lepas tu dia tanya nama aku siapa? Ehhhh..Aku kenal ko..Tapi memang idak la aku nak bagitahu nama aku pulak sebab kau pun tanya soalan yang tak masuk akal. Dah kenapa semua nama staff dalam ofis ni kau nak korek???
Aku sedikit bengang la disitu sebab aku tahu perangai sorang-sorang masa korang masih bekerja dekat ofis ni dulu...Apa makian yang korang hamburkan dekat ofis ni yang kononnya korang adalah mangsa keadaan ofis. Sedangkan korang sendiri yang tak boleh nak berdamai dengan keadaan ofis waktu tu. Sebab waktu tu semua pakat berlagak macam TERPALING SENIOR.
Jadi kalau dah berlagak TERPALING SENIOR, korang rasa apa bos aku punya expectation??? Mestilah TINGGI sebab korang pun mintak GAJI TINGGI waktu tu. Dan bos aku tetap bagi sebab dia pun nak hasil yang lebih dari korang. Tapi at the end??? Korang cakap korang keje cuci taik je dekat ofis ni...Jadi???
Kalau korang keluar cara baik, mesti baik jugak layanannya selepas itu..Kalau korang keluar cara baik tapi mulut ala-ala si puaka dibelakang...Sape je nak layan korang?
Entah lah..Aku dah keje makan gaji ni sejak dari tahun 2001 lagi..Dari part time kepada contract, sampai la ke permenant. Macam-macam ragam staff yang aku dah tengok dan aku sendiri dah makin faham keadaan dan perangai staff dekat ofis ni. Tambah pulak ofis ni adalah yang paling lama aku bekerja. Dah hampir 8 tahun dah. Keluar masuk staff aku dah faham sangat KENAPA dan MENGAPA bos aku bertindak begitu dan begini.
Bukan la aku nak menangkan bos aku pulak. Tapi at this age, aku dah faham 1 perkara. Jadi bila mereka ni datang semula dengan soalan yang pelik-pelik dan menjengkelkan, aku memang rasa terganggu dan aku tak suka.
Gitu lah cerita aku hari ni. Bebelan awal tahun 😆...Korang pernah ke terhadap perkara macam ni?
13 comments:
wow politik kerja swasta pun boleh tahan kan dibandingkan dengan gomen emmm memang boleh pening kepala kalau layan. Akak pun pernah alami benda macam ni. Tapi betul lah kalau kita keluar cara baik akan baik lah akhirnya. Yang penting jangan aniaya orang lain
Mana boleh simply2 bagi info atau contact number staff office kat orang luar, nak- nak ex staff kan...mana law dia ikut erk..
Tak pernah la pula...cuma orang ketiga je yang cari ex staff..tanya no phone baru ke..apa ke.. kita cakap je lah tak tahu.
Tak pernah alami di zaman bekerja dulu. Macamlah banyak masa kita nak melayan bekas pekerja mengorek hal ofis ni. Banyak lagi kerja lain boleh buat, kan.
Dua kali ulang baca nak faham... pening jugak
Sudah ex-staff pun masih ambil tahu hal office lama..
Setakat ni takde lagi, bila dia dah berhenti kerja, automatik semuanya lupus dari ingatan, malas nak ingat. Kalau dia call, kena tengok jugak, kalau nak tahu hal office, maaf saya bukan orangnya, p cari makcik bawang lain yang boleh membantu.. hehehe..
mmg annoying btul tu...nk plak dh ex-staff tp mcm2 plak nk call lg ye
td baca kat blog SA psl staff kat opis dia toksik..ni baca kat blog nieza plak...ujian la bila dpt staff/ex staff perangai tak semenggah dan annoying. ok dh nieza handle gitu...dan privacy kena jaga ie mana boleh bg nombor hp org kat saper2 yg mintak
Kak Notie : Politik dimana2 sis =D
SA : Kan..Nasib la sy ni bleh memikir =D
Linda : Betul tu..X payah layan la...
TOt : Betul tu sis..Sy tak selesa nak melayan.
Uncle : Alamak..=D
LZ : Itu la..Mcm x move on je =D
Aizamia : Hahaha..itu yg sepatutnya =D
Mama Tisya : Kan...Malas nk layan.
MZ : Ehhh...2 cerita lebih kurang sama =D
kemain lagi ek dia nak nombor orang pula. haihh
politik dan toksik ada di mana mana je sebenarnya. untung la mana yang dapat suasana kerja yang harmoni
Doa yang baik2 ya dek..pasti akan baik..InsaAllah Allah bantu ke jalan yang baik..
Aiiiih untuk apa pula dia tanya2 staff di sana, padahal dah tak kerja situ kan. Memang tak ada kerjaan sangat kah, sampai sempat buat hal begitu 😄😄. Tp baguslah di ignore saja kak. Memang tak suka dengan ex staff yg tak ada manner begini.
Saya tak pernah mengalami ex staff annoying yg seperti ini... Tapiiii Krn dulu saya kerja di bank, pernah lah ketemu tak sengaja dengan ex staff di mall, dan dia dulu di keluarkan dari bank sebab melakukan fraud.
Jadi saat jumpa, masing2 awkward 🤣🤣. Dia mungkin malu dengan saya, saya pula tak tahulah nak cakap apa. Kalau mengingat yg dia lakukan dulu, memang masih marah sebenernya.
Post a Comment