As Salam
Tajuk takmo kalah...😆
Seminggu sebelum aku "bercuti" dari bawak motor sebulan yang lepas (TAHUN LEPAS) sebab selalu naik motor atau naik kereta je dengan Hata, aku ada perasan yang locked motor aku macam dah rosak. Aku pulas memang la dia ikut pulas. Tapi tak sangkut. Jadi hari Isnin lepas baru teringat nak pegi cari ganti tapi aku malas nak berjalan ke Avenue K tu. Nak pegi hari Selasa udah sangkut dalam bilik dengan bos dari jam 12.35 sampai jam 1.30 tengahari.
Jadi aku pilih hari Rabu untuk pegi ke Mr.DIY dekat Avenue K tu. Sebelum pegi kerja, aku sempat buat breakfast roti telur + chicken slice + cheese slice + mayonis + cili sos untuk bekal ke ofis buatkan jugak untuk Ammar. Jadi lunch hour boleh tahan lapar sekejab sementara mencari barang ni.
Waktu ni ramai giler orang dekat dalam Mr.DIY tu..Beratur dekat 10 orang lebih kebelakang dari kaunter. Mujur la mereka bukak 2 kaunter. Cepat la sikit pergerakkan tu...Memula aku cari dekat area belakang...Sekali rupanya dekat bahagian depan. Kiranya sebelah kaunter dan memang straight je dari entrance ke Mr.DIY tu. Takde lock macam yang aku guna sebelum ni, tapi aku amik jugak yang lain dulu sementara nak cari lock yang macam sebelum ni atau yang better atau kekal aje pakai yang baru beli ni selagi OK.
Aku beli yang macam ni..Dah test dekat kaunter semua OK.
Lock dalamnya macam ni...
So far aku guna senang nak lock & unlock.
Alhamdulillah pagi semalam dapat la aku rasmikan lock ni..
Baru la hati rasa tenang sikit bila tinggalkan motor dekat LRT Taman Melati ni 😁
Walaupun motor kita motor kapcai je..Tapi kalau spare part dekat motor ni semua masih elok sebab milage motor ni masih sikit.. Walaupun aku nampak banyak aje motor yang takde locked, tapi aku tetap jugak nak lock. Kita penduduk baru..Jadi kenala berhati-hati 😆
Sejak Malaysia kuat kuasakan isi minyak kena guna IC, aku tak pernah lagi pegi isi minyak. Semua diuruskan oleh Hata. Sampai ke isi minyak motor aku ni pun aku suruh Hata je yang buat. Sekali hari Rabu tu masa sampai dekat LRT Taman Melati aku tengok minyak motor aku dah nak cecah tanda merah. Mula la datang sikit rasa anxiety tu.
Laju-laju bagitahu Hata yang dia lupa tolong isikan minyak motor aku. Then Hata said balik keje nanti try la pegi isi sendiri. Kitonyo manjo. Ketar gegar jugak la masa balik keje tu berenti dekat Petron sebelah rumah ni ha. Nampak kaunter dekat luar ada bukak. Bagi IC, cakap nak isi minyak RM5 dekat tank 3. Saknika surah pendek yang terlintas dekat kepala aku baca dalam hati kome. Punyalah risau & takut 😆
Aku risau belum sempat corong nozel tu masuk dalam tank, aku dah tertarik 😆. Mata ni kejab-kejab tengok ke tangki, kejab-kejab tengok ke mesin. Masa bayar tak tengok resit pulak. Masa tengok mesin aku tengok dah RM6.33. Ehhhhh..Kan aku bayar RM5 je? Kenapa tetibe dah cecah RM6.33 pun tak stop? Sekali pandang dekat tangki, nahhhhhh...petrol dah nak sampai ke muncung lubang tank dah penuhnya kome. Terus la aku stop tarik nozel tu. Lepas tu aku terus la letak balik nozel tu tanpa tahu dah cecah RM5 ke belum.
Rupa-rupanya pengiraan dia macam ni...
Rugi 20 sen disitu. 😆
Takpelah...Kita yang tak amik tahu kan? 😆
Next time dah tahu dah la...
Next time dah tahu dah la...
Korang pulak kira macamane? Masa isi minyak tengok harga atau tengok berapa liter yang korang dapat?



0 comments:
Post a Comment