As Salam
Terlalu memikirkan hal rumah sampai lupa nak cerita tentang tengok movie cerita diatas. Aku tak ingat hari apa yang pasti rasanya weekend sebelum ke selepas CF pun aku tak ingat dah. Hata bawak kami tengok wayang ni dekat Wangsa Walk. Tengok malam dalam jam 9 kot. Hata beli siap-siap popcorn. Sambil tunggu panggung bukak, aku gi beli ayam gunting & che mek nak tealive.
Pada aku ok je cerita dia. Tapi yang jadi tak OK bila Ammar mengadu penonton belakang dia tu kaki gatai agaknya..Asyik tendang kerusi Ammar. Aku dah berpaling banyak kali nak suruh dia tengok aku pun penonton dalam bulatan tu tak toleh langsung kearah aku. Aku sengaja tak Ai Erase muka dia. Kesian Ammar..Stress member nak tengok cerita tapi kerusi asyik kena tendang. Kalau ikut baran, memang aku bangun tegur je. Tapi nanti risau ganggu penonton lain pulak. Mujur la ade seat kosong sebelah Hata..Jadi senyap-senyap aku suruh Ammar bangun dan ubah tempat ke sebelah Hata.
Hata lupa nak bawak sweater. Sudahnya kena pakai sweater untuk pakai dekat office. Aduhaiiiii..
Lepas habis movie, aku pandang je pasangan ni. Tapi sekalih pun pompuan tu tak toleh ke arah aku. Sabar aje lah...Aku & Hata tiap kali tengok movie dengan anak-anak selalu pesan dengan mereka supaya jaga kaki masing-masing. Jangan sampai penonton depan kita rasa tak selesa sebab kita. Tapi orang lain??? Tak kan tak terasa langsung kaki tu asyik tentang kerusi orang depan? Vodo Piang betul.
Sampai dekat parking rasanya waktu ni kami terus balik rumah. Tak pun pegi makan. AKu pun dah lupa...Tahniah buat Papa Zola The Movie sebab dah cecah 50Juta.

10 comments:
Ramai dh tengok movie ni. Cuya memang tak tgk ler takde teman
Jauh juga jarak antara kerusi tu macam mana boleh tertendang. Takde common sense betul.
Papazola ni nampak santai tapi sebenarnya banyak pengajaran 👌
Wow, banyaknya kutipan movie ni. Baru tahu. Boring juga ya, tengok wayang tapi orang belakang asyik tendang kerusi. Takde adab.
kalau i terus sound jer..i tak tahan sabar bab2 org annoying gitu
Ramai review bagus crita ni!
betul..kena jaga elok² perangai bila kat tempat awam ni
CUya : ggu masuk Netflix la layan dkt rumah..best jgk dpt golek2 =)
CIe : Itu la tu...Sabar aje la...
CCL : Betul tu...=D
TOt : Betul tu..Dh byk kutipan mereka..Part kaki tu rasa nk ketuk je kaki dia =D
MZ : Kalau ikut baran mmg sy dh buat sis =D
Uncle : So far sy rasa cerita ni best uncle =D
Linda : Kan..Ni mcm dia sorg je byr duit ticket..Aduhaiii….=(
Sayapun sering tak habis pikir, itu kaki panjang sangat kah, atau memang tak bisa diam. Asik menendang kursi di depan. Untungnya saya tak sering mengalami, tp pernah. Trus di pesawat juga. Ini biasa anak2 kecil. Sabaaar je laah. Nasib baik bukan long haul flight.
Fanny : Kan..Mmg x best bile dpt penonton mcm ni.
Post a Comment