Feb 13, 2026

1ST TIME MAKAN : LONTONG DARAT

As Salam

Biasa tengok sis MZ je makan breakfast lontong darat ni. Hari tu ade macam food event dekat ofis ni. Almost 10 khemah yang ada jual macam-macam jenis makanan. Pelbagai jenis vietnam roll pun ado. 1 pcs RM4. Tapi aku tak beli. Aku teringin nak try menu diatas...RM12.
Lontong Darat.

Dalam ni ada nasi impit, sayur campur kering (macam sayur dalam kuah lontong), kuah kacang & akak tu bagi pilihan nak tambah ayam masak merah atau rendang ayam...Kitonyo tok pandai..Jadi tanya akak tu mana yang sedap? Akak tu jawab both also sedap. Last-last aku pilih ayam masak merah sebab rendang tu tinggal part isi je. 

Sampai ofis terus makan. Sedap jugak kome. Kenyang la sampai ke petang waktu balik kerja.Nampak macam lagi senang nak masak lontong darat ni berbanding lontong yang berkuah tu 😆. Korang prefer yang mana? Lontong biasa atau lontong darat? Aku suka dua-dua. Lontong biasa aku add on kuah kacang & telur rebus atau ganti kuah kacang dengan sambal ikan bilis.

Yeay!!!! Esok Sabtu....Cuti 5 hari 😆😎
Kemana kome esok?

3 comments:

notie said...

Akak orang johor memang suka keduanya samada lontong dengan kuah lodeh atau lontong darat tanpa kuah lodeh. Yang sayur campur tu selalunya di buat sambal goreng. Kalau sarapan ni kenyang sampai tengahari. Lagi best kalau sambal kacang atau sambal bilis.

Suria Amanda said...

suami akak je suka makan lontong atau lontong darat ni...akak x pandai makan...nasi impit kuah kacang ada la...akak cuti Selasa sampai Khamis je...x amik cuti extra...pun x kemana kot..suami ajak repeat Kuantan...malas laaaaaa

adnil linda said...

kita sebagai pasangan PJJ.. pulang ke pangkal jalan lah.. hahaha