As Salam
Selamat berpuasa semua...
Hari Sabtu selepas subuh kami 4 beranak tak sambung tido dah. Semua pakat bersiap untuk menuju ke destinasi diatas. Bila semua dah siap dalam jam 8 pagi, kami pun bergerak pergi tempat sarapan dulu...
Isi perut kasi kenyang lepas tu terus gerak ke destinasi...
Kami sampai dekat Mitsui jam 9.50 pagi...Mitsui pun belum bukak pintu lagi...
Tapi tak pa..kami dapat parking dekat sangat dengan pintu masuk. Itu yang penting.Mitsui bukak je pintu, kami terus turun dari kereta.😆
Misi pertama kami adalah mencari kasut kerja Hata. Dia nak try pakai kasut skechers. Kita layankan aje. Tapi design kasut yang dia berkenan tak ada size pulak. Terus member hampa..Maka ke 3 kedai kami masuk..Nike, Adidas & Puma. Dah aim 1 kasut dekat Puma, tapi pegi jugak ke Adidas. Ehhhhh..Sekali dieorg buat SALE CNY kome. Buy 3 dapat 50% off. Maka Hata pilih kasut kerja dia, Ammar pilih kasut raya & aku dapat pilih kasut baru tapi yang ini girlish sikit.
Lepas beli belanja anak-anak makan hot & roll
Pinky girl sangat ye..Tapi kasut ni soft pink je...
Aku suka sebab bila pakai kaki rasa kemas je..
Che mek cakap boleh pakai waktu raya kedua 😆
Misi diteruskan dengan mencari kasut raya aku pulak. Kasut Adidas tu bukan kasut raya. Tapi takde yang aku berkenan dekat sana. Lepas tu belanja anak-anak makan aiskrim then kami ke Food Court untuk lunch. Lepas lunch kami ke surau then singgah bath & body works beli losyen. Lotion aku dekat ofis dah habis. Jam 3.15 petang gerak dari Mitsui menuju ke destinasi berikutnya.
Planning nak try beli baju readymade lagi tahun ni...
Tahun ni kami sekeluarga di kampung Perak ada warna tema.
Tapi design untuk warna tema tu takde yang berkenan dekat aku...
Pening aku dibuatnya...Ape ke susah benor nak mencari design yang sedap mata aku tengok at the first sigh???
Akhirnya aku grab sehelai tudung bawal ariani ni..Harga SALE.
Aku pilih warna soft pink ni...RM29 aje kome. Idak le aku amik yang mahal-mahal...Jadi la dari keluar dengan tangan kosong dekat Ariani ni 😆
Kemudian kami ke Jakel pulak untuk cari baju raya Ammar & Hata..
Alhamdulillah senang aje jumpa yang Hata berkenan..Warna senang nak cari..Aku pun ade try 3 pasang baju ikut tema dekat Jakel ni..Dah ada yang berkenan...Harga pulak takde diskaun...Dah ada yang berkenan, stock baru pulak tak ada..Aku tak nak la amik baju yang aku test tu...Ntah berapa ramai yang dah test baju tu kita pun tak tahu kan? 😁
Lepas selesaikan apa yang patut. Kami pun balik le kome. Udah penat badan 12 jam dekat luar. Lepas tu kami singgah makan malam dekat kedai mamak area rumah lama.
Alhamdulillah dah selesai beberapa perkara. Ada beberapa lagi nak kena selesaikan.








2 comments:
Salam Ramadan sis :)
Selamat berpuasa Niza. Lama tu kat luar 12 jam tapi ada buat gak baru2 ni masa gi 2 kenduri. Sampai malam baliknya.
Post a Comment