As Salam
Hari tu kan aku ada cerita yang che mek berkenan handbag sama macam aku. Jadi masa dekat SOGO terus beli dekat shopee buat COD. Hari Selasa lepas waktu aku dah angkat bag nak balik brader courier pun sampai. Bayarlah amount diskaun yang aku dapat masa check out tu.
Mujur la kotak handbag ni muat masuk dalam bakul motor aku. Kalau tak muat, mau aku bukak kotak tu dekat parking motor then sumbat dalam bag keje 😆. Balik rumah terus la tunjuk dekat che mek. Lepas makan baru la dibukaknya. Excited la che mek sebab dapat bag yang dia berkenan. Selesai dah part handbag & kasut raya che mek. Sekarang misi mencari baju raya pulak. AKu rasa last-last baju raya che mek ni beli online je 😆
Inilah handbagnye kome.
Che mek pilih warna taupe.
Harga dia OK je..Tak mahal & tak jugak murah sangat 😆
Dalamnya luas jugak..
Sedondon lah aku & che mek dipagi raya nanti. Ok la ni..Selesai part ni. Aku punya part handbag pun dah selesai dah. Beli handbag ni sebab style ni masih belum ada dalam koleksi. Semua handbag yang ada aku memang pakai bergilir-gilir waktu keluar berjalan. Macam handbag Jeep hari tu. Aku pakai waktu balik KB hari tu. Waktu balik beraya dekat perak nanti sah-sah la kena bawak 2 jenis handbag. Handbag sebelum & semasa hari raya 😆
Korang ada yang beli handbag baru?



0 comments:
Post a Comment