Mar 1, 2026

MISI MEMBURU SAMPUL RAYA DARI MIXUE

 As Salam


Hari Khamis malam Jumaat che mek tuisyen 1 jam je dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Jadinya kami tunggu terus dekat area kelas tuisyen che mek je. Lepas che mek habis kelas, kami pun menuju ke Mixue untuk cuba grab promo sampul raya mereka. Ini semua permintaan Ammar ye..Bukan aku. πŸ˜†
Inilah promo tu...
Syaratnya kena beli salah satu dari 3 jenis air diatas & 1 aiskrim dalam cup.
Aku pilih brown sugar with bubble tea & aiskrim mango untuk Hata...
Add on Kids punya Peach Jasmine Tea & Classical Milk Tea.
Dapatlah aku 4 keping sampul raya comey ni...
Ammar cakap dia nak sampul duit raya dari ayah / ibu dari sampul Mixue yang no.2 dari kanan. yang pakai complete baju raya dengan tangan dua-dua disisi ke depa tangan tu? Aku pun tak pasti. Ok la...Ade ke takde ke duir rayanya...Sikit ke banyak isinya, belakang cerita 😁
Muka happy semuanya sebab dapat minum air manis malam-malam hari.
Aku je dah lama tak minum air manis selepas waktu berbuka. 
At this age macam-macam perkara kena control kome. Risau😁

Hari ni kemana kome? Aku plan nak gi cari barang sikit untuk dibawa pulang ke KL sebab masa datang semalam, aku bawak backpack yang hanya ada aku punya laptop, skincare, sepasang baju balik & sweater je. Jadi masih adaspace yang boleh diisi. Seorang passanger kan dapat free hand carry 7kg? πŸ˜†

Flight kami malam ni jam 9 lebih. Jadi masih sempat nak berbuka sekali lagi dirumah sebelum ke airport jam 8.30 malam nanti. Oh Ya...Lupa nak cerita. Hari Jumaat tu Hata & kids bawak kereta ke airport. Parking dekat sana je sebab rate parking dengan panggil grab campur cost tol pun leih kurang sama. Around RM200. jadi aku suruh Hata parking dekat airport aje la. Senang waktu balik malam ni tak perlu tunggu grab. Masa OTW balik ke rumah, kalau nak singgah mana-mana tapau lauk bersahur pun senang.

Berapa kos parking? Aku tak sure. Nanti balik baru tahu. nanti aku share sini ye.

Korang berbuka apa nanti?
Doakan kami selamat pulang ke KL malam ni ye kome. Amin.

7 comments:

Roziah @ Cie said...

Siap request dah nak sampul mana. Mujur dia tak request warna duit raya πŸ˜†

Amie said...

Cutenya sampul raya.

Mama Zharfan said...

MZ pun selalu jer tinggalkan keta kat parking airport..esp kalau setakat 2-3 mlm --last time gi sabah tu, memang parking baby T kat airport jer selama 3 mlm

Suria Amanda said...

Rajin eek kumpul sampul raya..akak tahun ni xde sampul raya..dulu ex boss big boss selalu la dapat sampul dari company lain..tahun ni xde

Sii Nurul said...

Seronok Ammar pilih sampul raya sampai teliti, nampak excited lah tu hehe..Semoga perjalanan balik KL malam ni lancar & selamat sampai..

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Aiiiih memang lucu2 design sampul raya mixue inilaaah. Saya sukaa yg no 2 dari kiri. Macam naughty hahahaha. Dah lama tak beli amplop raya... Krn selama ini tiap raya selalu transfer ke E-wallet masing2 keponakan saya. Dah tak pernah cash

thisni3za said...

Cie : Hahaha...Kalu dia request warna, sy bg yg warna biru tu je =D

Amie : Kan..=)

MZ : Sy 1st time parking.Rasa berbaloi brbanding amik grab dr rumah.

SA : Rajin sbb yg lama dh byk sy buang & bagi kakak =D

Sii Nurul : thx dear =)

Fanny : Sy lebih suka bg duit raya dlm sampul =)