As Salam
Sehari sebelum raya dalam jam 9 pagi kot aku, Hata & Che mek ke rumah kak cik untuk amik bunga api yang aku mintak kak cik belikan awal-awal dekat jiran tepi rumah dia sebab bunga api dekat situ hargan ya berpatutan la jugak. Lepas singgah rumah kak cik, kami ke Econsave.
Kak yong cakap preparation untuk menu raya semua dah settled. Jadi hari Jumaat tu memang relax je. Lagi pun kami tak masak beriya. jadi aku incharge untuk menu berbuka puasa. Kak cik cakap dia nak datang berbuka dekat rumah kak yong malam tu.
Aku masak cendawan blackpepper.
Hata masak tomyam daging & ada kaki ayam 2 ekor Hata terjunkan dalam tomyam tu.
Ayam goreng, ikan goreng dan telur dadar (takde dalam gambar)
Pencuci mulut dengan limau masam manis.
Lepas tu main bunga api yang biasa-biasa je.
Layan mercun dari rumah jiran seberang jalan.
Lepas main mercun & bunga api, kami pun masuk la ke rumah. Sekali kak yong yang sebekas mihun yang sudah siap dilembutkan. Udah memasing makan mihun dengan tomyam daging. Alhamdulillah habis seperiuk tomyam yang Hata masak. Tinggal sikit je.
Dalam jam 10.30 malam semua pakat balik rumah sendiri. Aku pun start iron baju raya, tudung raya. Tolong kak yong kemaskan meja, pasang carpet. Jam 11 lebih jugak baru dapat letak kepala dekat bantal. Sama jugak macam semalam. Letak je kepala terus lena.
Malam raya hari tu korang buat apa?
Sekarang aku dah dalam perjalanan pulang ke KL. Doakan perjalanan kami ye. Amin







0 comments:
Post a Comment