SEWING PROJECT : SKIRT A SHAPE

 As Salam

Alhamdulillah. Selesai project menjahit kain orang - anak sedara Hata. Sehelai skirt A shape 2 layer & sehelai kurta untuk husband dia. Aku start menjahit dari jam 10 pagi sampai jam 4 petang. Lambat siap sebab banyak iklan. Reply w/app dalam group family, kol kak yong - borak tentang menu raya pertama, borak tentang nak beraya kemana jugak.
Double layer skirt A shape. Mek ni nak sedondon with her little girl.
Kurta dari kain yang sama layer dalam skirt A shape.
Nampak berkedut sebab aku tak iron. Siap-siap terus gantung & snap gambar 😁

Alhamdulillah seronok sangat rasanya dapat siapkan "tempahan" ni. Aku berjaya curi masa untuk siapkan sampai tak buat lagi biskut cornflakes walaupun semua bahan dah ada. Weekday memang jarang dapat menjahit sebab balik keje pun dah kalut memasak, kalut che mek kelas tuisyen. Lepas tu dah penat. Memang weekend je aku dapat fokus pada menjahit.

More to improve lagi part kurta lelaki ni. Tapi ok la.Siap jugak akhirnya. Dalam kepala dah start planning nak menjahit macam-macam. Harapnya masih sempat nak jahit dalam sehelai dua baju sebelum balik kampun beraya. Walaupun baju raya aku dah ada dari raya pertama sampai raya ke 4 😁

Korang ada berapa pasang baju raya?

5 comments:

  1. 2 pasang je Nieza...dalam almari ada banyak baju yg blom pakai..tp tetap nak beli baru..hahaha...

    ReplyDelete
  2. lawa la kurta tu!! later2 dh boleh amik tempahan tu! baju raya MZ ada 3 kot hahah tapi plan nak pakai 2 ajer, sbb satu lg tu mcm nak pakai time bday..so raya ke3 recycle je baju raya thn2 lps..sbb plan beraya kat kg sampai raya ke3 insya Allah

    ReplyDelete
  3. Cantiknya, beruntung Nieza pandai menjahit, boleh terima tempahan. Jeles kita. Saya nak masukkan benang dalam mesin pun kena buka lampu meja besor², baru nampak. 😁
    Baju raya saya sepasang je.

    ReplyDelete
  4. syok pandai menjahit ni. zuppp zapppp siap baju pelbagai jenis.

    ReplyDelete
  5. SA : Wow..Kalau ada yg x berpakai lagi better pakai apa yang ada.jimat kos tu sis =D

    MZ : Kalau kurta tu mgkn kena beberapa kali lagi jahit baru berani amik upah kot =D

    Tot : Skrg ni sy pun memang kena guna lighting yg power nk mnjahit =D

    Cie : Alhamdulillah.Dah lama cuti =D

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.