Apr 3, 2026

CENDOL ABANG KACAK - IPOH

As Salam

Aku lupa nak cerita pit stop kami dekat Ipoh selepas amik telefon baru. Lepas selesai urusan dekat Maxis, tekak aku rasa nak makan cendol. Actually dari hari Khamis tahan rasa nak makan ni. Dah alang-alang sampai Ipoh, aku google la best cendol in Ipoh. Google tunjuk kedai ni. Waktu ni orang dah ramai sebab kedai ni dekat dengan Concubine Lane. Kami parking kereta agak jauh. Angkut sekali bag henfon baru sebab risau pulak rasanya nak ditinggalkan dalam kereta.
Berswafoto sekeping. yang depan Hata tu anak sedara aku. Anak kak Yong. Baru form 1. Waktu ni memang panaih ting ting kome.
Masa sampai kedai ni takde orang lagi. Jadi kami terus order.
Mujur cepat je mereka siapkan. MAsa kami tengah makan, customer dah start masuk & kedai dah penuh.
Anak sedara aku order cendol pulut.
Aku & Ammar order cendol durian RM20/mangkuk.
Hata order cendol biasa.
Che mek order ABC.

So far pada aku ok je cendol dia. Hara pun idak la terlalu mahal tak tak jugak terlalu murah. Durian tu sedap & berasa. Aku rasa 1st time aku makan dekat sini. Kalau tak silap aku waktu ni mereka hanya terima CASH sahaja.

Sini aku share suasana dalam kedai ni ye...
Lupa nak AI erasa sipi2 Hata 😆
Ada bermacam-macam jenis candilier.
Ini belakang aku.
Atas tu macam ade ruang lagi. Tapi belum nampak ada customer yang naik.
Garang benor kepala rusa tu ye. 😁

Lepas makan kami terus balik rumah la kome. Dah pukul 2 lebih waktu ni. Nak keluar dari Ipoh ni pun nak kena hadap jammed sebelum masuk highway plus arah ke Selatan. Kami exite dekat tol Gopeng. Masuk jalan dalam then ke Malim Nawar untuk balik ke rumah. Alhamdulillah sampai rumah dekat jam 4 petang. Berkejaran la untuk Zohor.

Dalam pukul 6 kak Yong siap masak asam pedas ikan pari. Lupa nak amik gambar sebab tetibe je datang rasa lapar. Lepas makan try set up fon baru.

Korang pernah pegi kedai cendol ni? Apa pendapat korang?

1 comments:

Suria Amanda said...

Akak pun menyendol kat sini masa pi tahun lepas...cendol abg kacak.tp x nampak pun abg kacak...hahahahaha....