As Salam
Ahad pagi Hata ajak ke pasar pagi dekat Danau Kota. Tapi sebelum tu kami ke kedai nasi lemak Saleha dulu sebab Ammar request nak sarapan dengan nasi lemak Saleha. Lepas beli baru kami ke pasar pagi tu. Hata teringin cakoi & capati dekat pasar tu sebab dah lama sangat tak makan.
Sarapan pagi Ahad.
Cakoi, roti goreng inti kacang merah, apam manis,
capati, nasi lemak Saleha & kopi O panas.
Lepas makan kami berehat lagi. nasi lemak & capati masih ada baki & memang tak masak tengahari la hari Ahad tu. Jam 12.30 tengahri aku & Hata keluar ke Kamdar Masjid Jamek. Mencari apa? Planning nak cari kain untuk kenduri kahwin 31.5.2026 nanti. Ingat nak jahit. Tapi takde corak kain dari warna tema yang aku berkenan.
Last-last aku ajak Hata gi Muaz Textile. Aku cakap kita cari dekat sana. Kalau takde cari dekat First Lady. Kalau takde jugak baru fikir cari kain dekat Shopeahhh. Alhamdulillah. Jumpa aku kurung untuk aku & che mek. Hata pulak beli 1 set baju melaju slim fit size L & untuk Ammar kami belikan size S - dewasa. Lepas dah dapat baju, kami turun bawah cari tudung mix & match pulak. Alhamdulillah jumpa jugak shawl warna mixed & match. Aku amik 2 warna shawl yang berbeza. Balik rumah bagi che mek pilih.
Temanya SAGE GREEN.
Ntah la betul ke idak ikut tema. Amik aje la warna yang seakan-akan pun. Tapi memang tak sama dengan warna baju dari Somerset bay yang aku beli. Kalau sama aku dah recycle je pakai baju itu. Alhamdulillah baju aku & che mek 2 pasang dapat harga below RM100. Baju melayu hata & Ammar RM89.90 sepasang. Ok lah..Janji ikut tema.😁
Balik rumah terus suruh kids try. Alhamdulillah baju kurung che mek aku amik size L, ngam dengan che mek. Tak besar sangat. Aku kena amik size L sebab nak lengan baju tu panjang sikit. Che mek kurus tinggi. Jadi kalau amik baju size M, lengan tu akan pendek sikit. baju Ammar pun muat. Cuma nanti aku kena potong sikit bahagian lengan & kaki seluar.
Lepas tu memang kami duduk rumah je tak kemana. Sebab baki capati & nasi lemak ada lagi. Memang beli lebih. Lepas maghrib sekali lagi kami keluar sebab nak beli susu kotak dutch lady Ammar dekat Lotus's. Alhamdulillah dekat Lotus's dapat harga lagi murah dari Giant. Aku beli 3 pack susu full cream & 1 pack susu perisa strawberry. lepas tu beli susu kotak Lotus's full cream 5 kotak.
OTW balik rumah singgah gerak jual DURIAN. Ammar nak makan durian pulak kome. Layan lagi kehendak anak. Sekarang bukan musim durian sangat. jadi agak susah nak cari gerai yang banyak stock. Kami singgah 1 gerak ni yang jual durian kampung special - 3 biji RM50. Alhamdulillah puas dapat makan walaupun hanya durian kampung. Aku dah Hata tak nak dah makan durian yang mahal-mahal ni sebab dah pernah rasa. Jadi tekak nak makan durian kampung je. Mujur la Ammar tak banyak songeh. Asal dapat makan durian Ammar dah senyum dah. Makan la puas-puas ye kome.😁
Alhamdulillah semua isi elok. Ada seulas dua je yang keras sikit.
Lepas makan terus balik la kome. Udah malam. Esoknya sekolah & kerja. Misi mencari baju untuk kenduri kahwin 31.5.2026 tercapai dan keinginan Ammar nak makan durian pun tercapai jugak. Selesai aktiviti hari minggu kami.
Minggu ni kerja 4 hari je..Esok cuti 3 hari kome 😁




0 comments:
Post a Comment