Apr 23, 2026

MY KITCHEN : CHICKEN WRAPPED

As Salam

Yes! Pagi tadi teringat nak amik fon then snap this chicken wrapped photo. Macam sebelum-sebelum ni, malam sebelum tido, aku akan keluarkan sebekas ayam fillet dari dalam freezer then letak dalam peti sejuk tempat sayur a.k.a tempat biasa. Jam 5.30 pagi bangun keluarkan ayam tu then susun dalam air fryer & masak dengan suhu 180c untuk 15 minit.

Sambil tunggu ayam masak, aku panaskan pan, sapu mentega sikit, pecahkan sebiji telur tak perlu letak perasa sebab ayam marinate tu dah ada perisa. Then letak sekeping cheese. Nampak telur dah suku masak, terus tepek wrapped dari Gardenia. Sedang elok siap masak 2 keping wrapped, ayam pun masak.
Lepas tu aku letak aje gini. No vege sebab malas nak pegi bele.
Ammar suka letak mayonis sahaja. Selain dari wrapped ni, aku bekalkan jugak Ammar sekotak kecik air kotak sunquick pelbagai perisa. Sekotak setiap pagi.
Che mek pulak aku letakkan mayonis & sos tomato.
Lepas tu aku potong 2 then masuk dalam tupperware untuk Ammar.
Che mek pulak kalau sempat dia akan makan dekat rumah, 
kalau tak sempat dia akan makan masa OTW ke sekolah.
Che mek jarang nak bawak bekal ke sekolah.

Alhamdulillah. Seronok dapat sediakan menu simple ni untuk kids makan dekat rumah dan bekal ke sekolah. Memang aku niat dari mula loan rumah lulus. Dapat je dapur yang selesa, memang nak buat macam ni. Berbalas rasa kesian aku pada kids yang sebelum ni ibu dia tak bersemangat nak buatkan breakfast untuk dieorang. Biasa bekalkan roti coklat gardenia je 😁. 

In Shaa Allah dapat gaji nanti, waktu stock up grocery aku nak add on lagi bahan-bahan lain untuk wrapped ni. Semoga Allah sentiasa bagi aku masa yang lebih dan cukup untuk aku prepare breakfast untuk family. Amin.

7 comments:

Rodiah Amir said...

simple tapi kenyang kan..kalau mak-mak dia tambah hijau sikit. anak saya dgn fillet je lah jawab dia

Syafiqa Jenn said...

Nice 🩷 Kalau anak saya jenis tak memilih, teringin jugak nak sediakan bekal wrap mcm ni. Sihat pun sihat.

Cuya said...

Zaman Cuya memang ibu takde siapkan breakfast sebab ibu kerja shift.. jadi kami beradik akan buat air sendiri, dan makan sendiri² je. Makan roti ke apa ke

Cuya takde memori ibu buatkan breakfast masa skola. Tapi alhamdulillah ibu sediakan duit untuk membeli makanan

Suria Amanda said...

menu simple yang buat kenyang lama..akak ni ntah bila nak buat wrap ntah

Roziah @ Cie said...

kalau letak salad, timun, tomato lagi mantap ni. dulu2 selalu buat wrap. memang wajib letak cheese. sedap betul.

thisni3za said...

Rodiah : Betul tu. Kalau portion sy mmg nk semua warna ada. Tp ini kids punya. Dieorg mkn je lettuce.tp sy x igt nk beli =D

SYafiqa : Kena cari cara lain tu =D

Cuya : it's Ok. u can do it nnt in shaa Allah =D

SA : Betul tu sis..Mmg kenyang. Chaiyok2 sis =D

Cie : Betul tu.Ada semua bahan tu mmg lengkap mcm subway =D

Time Traveller said...

Simple tapi menarik dan sangat sedap... Kalau letak extra bahan bahan mcam subway ... Fuhhh sedapp