Apr 24, 2026

SEWING PROJECT : LEFT TO RIGHT

As Salam

Hari tu ada masa free sikit jadi aku niat nak sambung menjahit baju kurung sekolah che mek yang dah beberapa lama ditinggalkan selepas berjaya dipotong. Aku rasa aku start dalam jam 8 malam. Mula dengan jahit tepi, lepas tu buat lubang leher baju. Lepas tu mula cantum kekek , pesak & lengan baju. Then buat poket baju & cantum ke badan baju.

Ade yang tersilap jugak. Maklum la dah lama tak menjahit baju kurung pesak, bukak jahitan dan sambung ke arah yang betul semula. Alhamdulillah by 10.30 malam dapat siapkan sehelai. Siap iron sekali lalu. Alhamdulillah kali ni aku perati betul-betul posisi poket baju kurung che mek ni. Kali ni aku berjaya jahit poket baju alik kanan badan baju.  Bukan lagi lefthanded macam sebelum ni.😆
Sehelai baju kurung pesak sekolah che mek.
Ini belum iron betul-betul lagi. Part leher baju tu memang aku 
jahit mesin je. Malas nak jadi sembat tangan.😁
Poket baju lubang size 5.5 inch. Alik KANAN 😆

Alhamdulillah. Siap sehelai. Dapat la che mek buat tukar-tukar sampai hujung tahun nanti. Dengarnya tahun depan semua pengawas PSS kena letak jawatan sebab nak fokus pada SPM. Kalau confirm, tahun depan kena jahit baju kurung sekolah warna putih. In Shaa Allah aku try jahit awal sikit. Try la jahit lebih dari sepasang. Actually jahit baju kurung pesak ni simple je. Yang tricky masa nak amik ukuran setiap bahagian baju macam kekek, pesak, poket . 😁.

Next project apa? 
16 May 2026 nanti Teacher's day kan?
Kain remnant ada lagi ni..
Boleh la start cari idea nak jahit apa untuk buat as hadiah teacher's day nanti.😁



7 comments:

Suria Amanda said...

Senang bila Nieza pandai menjahit..dulu akak pulun la beli baju kurung PRS tu untuk Nia tukar2 4 pasang...lama dah x lalui lagi...hahahha...lepas ni hadap si Khalaf la..tapi dia duk ngan mak dia..kami bagi duit je la nanti..pepandai la mak dia settlekan

Roziah @ Cie said...

Bestnya pandai jahit. Dapat jadi baju tak payah beli.

Mama Zharfan said...

lawa la hasil jahitan nieza! boleh dah tu nieza jahit bj utk diri sendiri dan amik tempahan dari kwn2 blog ni haaa

Tot said...

Ooo.. pengawas pusat sumber sekolah, warna oren bajunya. Tahniah, Nieza, dapat siapkan sehelai. 👍👏

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Inilah untungnya kalau pandai jahit kan. Bisa jahit baju Macam2 atau barang kreatif lainnya ❤️❤️. Nak bagi ke orang lebih terasa value nya, sebab buatan sendiri

thisni3za said...

SA : Alhamdulillah. Bleh la menjahit yang simple2 sis =D

Cie : ALhamdulillah..Setakat yang simple2 tu bleh la -D

MZ : Hahaha..Part amik tempahan tu kalau sy select kain cotton aje bleh tak? Hahaha

Tot : haah.Sekolah che mek PSS pakai baju & tudung warna ni. Thx sis =D

Fanny : Thx dear. Sy simple2 ok la...Itu la..Tgh cari idea utk hadiah teachers day =D

adnil linda said...

teringat dulu2 mak jahit baju sekolah linda