Apr 2, 2026

SYAWAL KE-9

As Salam

Hari Ahad lepas tekak rasa nak makan dekat MyTown. Jadi jam 10.30 pagi kami dah gerak dari rumah. Dapat parking dekat dengan pintu masuk & escolator. Sampai-sampai food court ada 5 minit lgi sebelum menu ditukar kepada menu lunch. Tepat jam 11 pagi, aku & Hata pun beratur. Waktu ni menu dah tukar ke menu lunch. Tapi beef rib Ammar takde sebab out of stock. Briyani kambing pun dah habis.
Ini menu yang kami amik. As usual. Alhamdulillah semua berjaya dihabiskan.

Kami makan santai-santai je. Lepas makan kami berjalan ke Decathlon. Sebab aku nak survey barang-barang ni. Survey saja. Tak beli. Tapi aku beli 2 helai t'shirt untuk buat inner - RM25/sehelai & Ammar beli goggles RM9.
Windbreaker ni kalis air. Warna pun nice. Kalau pakai waktu naik motor pun ok jugak ni 😀
Aku pegang seluar ni..Memang rasa selesa sangat.
Try kasut ni...Memang comfy sangat. Warna nak sama dengan jacket.
Kasut ni pun not bad..But not so sure waterproof ke tak. Tak ingat.
Aku try jugak kasut ni. Selesa jugak kome.

Lepas dah puas survey dalam decathlon dan buat bayaran, kami pun keluar dari sana. Aku & Ammar nak tealive, che mek beli tabbokki dekat CU Mart depan tealive tu. Lepas tu kami pun balik rumah dalam jam 2 petang.

Cuti Sabtu Ahad hari tu memang tak mengemas rumah pun. Hanya basuh kain dari Kelantan & keluarkan kain dari luggage masing-masing untuk disusun & letak balik luggage dekat tempat yang biasa.

Semangat memasak masih belum datang. Harapnya bila dah ada bahan nanti semangat tu kembali. 😁. Isnin malam aku dinner roti telur je sebab takde selera nak makan. Masak 2 kali sebab masa aku makan, Ammar amik suku. Sekali Ammar nak lagi. Aku masakkan lagi 1 portion untuk Ammar. Balik dari amik che mek, Ammar bagitahu 1 set roti telur + cheese & mayonise tu dah habis & Ammar cakap dia dah terlalu kenyang. Alhamdulillah. Lena Ammar tido malam tu.

Korang buat apa weekend hari tu? Ada pegi beraya?

2 comments:

Suria Amanda said...

Lama x mkn kat IKEA...last year kot last...last week SAbtu akak kat Muar...Ahad pi rumah wife arwah paksu, lepas tu kami pi rumah orang kahwin..balik lepak tgok Netflix..petang ada kazen datang rumah

mama tisya said...

lama tk ke ikea..fav meatball tu