As Salam
Khamis malam Jumaat yang lepas, masa balik dari AEON AU2, waktu aku nak bukak peti sejuk, aku terpijak setompok besar air yamg mengalirdari peti sejuk. Terkejut betul aku. Bila bukak peti sejuk nampak air mengalir dari dinding alik dalam peti sejuk. Terus la Hata google technician yang boleh baiki masalah peti sejuk ni. Peti ni baru dalam 4 tahun rasanya.
Hata set untuk technician datang jam 10.30 pagi Jumaat. Lepas technician tengok & baiki Hata pun hantar gambar pada aku.
Motor tempat ais batu tu dah rosak.
Katanya salah satu punca adalah sebab bila buat air batu, terlalu banyak air yang mengalir keluar dari bekas ais tu. Bila air terlalu banyak mengalir keluar dan masuk dalam saluran motor tu, lama-lama motor tu jadi rosak. Lagi satu sebab aku terlalu banyak buat ais batu dalam peti sejuk ni. Pulak.
Jadi lepas ni aku kena transfer bekas ais batu yang aku beli dekat kedai ECO ke dalam freezer dan kena pesan dekat kids kalau refill air dalam bekas ais batu, make sure masa letak tu elok-elok jangan sampai tertumpah. Maka melayang la RM270.00 Hata. Tak pelah..Nak buat macamana. Silap sendiri jugak. Lepas ni kena beringat la.
Moral of the story. Letak jugak la ayam yang dah dipotong kecik-kecik dalam bekas untuk elak aku nampak kosong membazir ruang je peti tu 😁. Peti sejuk korang ade meragam macam ni?


11 comments:
Alhamdulillah tak pernah jadi, tapi pernah diberitahu oleh technician pasal bahagian motor tu boleh beku menyebabkan peti ais jadi tak sejuk. Cuma problem peti ais kami dulu puncanya lain.
Semoga kekal elok peti aisnya 🤲🏻
Peti ais uncle setakat ni tak meragam yang major... tapi kalau dia meragam, uncle lah yang akan terlebih meragam dulu... huhuhu
Tak boleh bayang apa maksud air melimpah sampai kena moto fridge tu.
Air dari freezer tu turun ke motor ke? Akak punya tempat buat ais normal mcm peti sejuk biasa ke lain ek. Hahaha
rate repair tu masih ok asalkan bertahan lama la lps ni tu....my fridge kat rumah ni baru usia setahun..ada lagi 2 tahun nak abihkan byr instalment..moga2 tahan lama laaa mcm peti yg sblm ni, tahan lebih 10 tahun!
Dah tiba nasa nak di baiki..syukur dah baik..pernah air keluar..tu lah terutama bila tak ada karen leterik..
Gitu pula kaedahnya, ya. Bila buat ais, jangan kasi tumpah airnya. Hehe..
Alhamdulillah, peti ais di rumah okay. Sejak zaman arwah mak ada lagi, semoga terus bertahan.
Tak lah kak. Dah dari 2011 kulkas (peti sejuk) saya ada, blm berulah pula dia 😅. Baik Budi sangat, padahal saya berharap dia rusak, supaya bisa ganti baru yg LBH besar 🤣🤣. Tp memang saya tak pernah buat es batu di freezer. Freezer tuh memang khusus daging saja. JD tempat es batu saya lepas.
setakat ni peti kat rumah ni belum pernah buat hal. rasanya dah 8-9 tahun dah kot.
PH : Alhamdulillah. Peti ais tu sejuk aje sis.Tp air tu tetap mengalir sbb motor dah tak boleh detect defrost ke atau nak sejukkan =D
Uncle : Hahaha...Mmg betul la uncle. Kami pun meragam sekali masa ni. Mujur ada duit back up =D
Cuya : Dekat dlm peti tempat beku tu ada motor lain selain dari motor untuk seluruh peti sejuk. Motor dkt tmpt beku tu yg rosak =D
MZ : Iye sis.Lps ni kena berhati2 la nak refill ais dalam bekas tu =D
Etuza : Itu la tu. Mujur ade budget =D
Tot : Iye sis. Kena berigt la lps ni =D
Fanny : Wahhh..Lama betul brtahan peti sejuk tu ye. Bagus la begitu. Jimat budget =D
Cie : Wahhh..Bagus la gitu. Peti sejuk sy ni manja =D
Peti sejuk akak xde masalah tu sebab x pernah buat air batu..cumanya pintu dia selalu longgar..getah tepi2 pintu dah longgar..tapi solutionnya akak sapukan vaseline kelilingnya dah settle...kalau longgar lagi sapu je lagi...hehehehe...RM270? mahalnyaaaa
dah selamat dah husband repair hari tu...tiba2 tak hidup..tak ingat apa yang dia tukar..tapi below rm200 lah
Post a Comment