As Salam
Alhamdulillah hari ni adalah hari pertama bekerja selepas 11 hari "bercuti". Alhamdulillah pagi tadi bawak motor ke LRT macam biasa. Lepas tu pegi bank in cash. Sampai area ofis singgah beli kuih untuk sarapan.
My view pagi ni dari Maybank UTM Space ke ofis.
Semalam jam 9 pagi amik grab ke KPJ Ampang Puteri. Sampai-sampai tu terus ke tempat untuk request GL. Dalam setengah jam menunggu GL pun dapat & terus ke Tingkat 2 Room 1 untuk ambik nombor giliran. Aku dapat no.4. Lepas tu terus turun ke cafe untuk makan. Memasing dah lapar. Lepas tu dekat cafe ni memang cepat betul menu breakfast habis. Waktu kami sampai ni dah ada menu untuk lunch dah.
Awe ni senyum senget pulak. Ammar cuti peristiwa semalam sebab hari sukan sekolah hari Sabtu hari tu.

Menu aku. Sayur campur & patin masak tempoyak tapi tak sedap. Tak berasa tempoyaknya kome. Ikan pun ada bau hanyir macam tak masak betul-betul. Aduhai....
Lepas makan dalam jam 11 terus kami ke tingkat 2 semula. Doctor masih belum sampai. Jadi aku tunggu sampai jam 11.50. 10 ke 15 minit lepas tu dapat masuk bilik & jumpa doctor yang sama operate aku. Aku baring dekat katil pesakit then doctor pun bukak jahitan. Alhamdulillah proses ni cepat je walaupun pedih sikit sebab bukak jahitan tanpa sebarang ubat kebas. Mentah-mentah je doctor tu bukak 4-5 jahitan tu 😁.
Doctor kata jahitan elok mencantumkan semula bahagia yang dioperate. Takde side effect macam luka bernanah atau sebagainya. Jadi lepas ni tak perlu lagi follow up. Dah boleh mandi dengan sempurna. Bahagian jahit tu dah boleh kena air cuma kena letak cream yang diberikan sebelum ni 2x sehari. Pagi & sebelum tido.
Jam 12.35 panggil grab terus ke M3 Mall sebab masa on the way nak panggil grab, che mek message aku cakap ada bahan dia nak kena bawak ke sekolah esok. Che mek bawak tab ke sekolah Isnin sampai Khamis kecuali hari Jumaat & minggu peperiksaan. Maka mencari la aku & Ammar bahan-bahan yang che mek nak tu. Dawai & aluminium foil. Lepas tu naik grab lagi balik ke rumah.
Sampai rumah penat dia jangan cakap la. Udah la dengan pedih bukak jahitan tak hilang lagi. Aku belikan che mek sosej corndog Kaiju je untuk dia balik sekolah nanti. Ammar masih kenyang. Jam 2.45 petang kot aku ajak Ammar tido sebab tetiba aku sakit kepala..
Jam 4 petang bangun tengok che mek dah balik & aku pun ke dapur la tengok apa-apa yang boleh dimasak untuk makan petang.
Terhasillah...
kepok lekor ganu, cekodok pisang & baki ayam
Bakers Cottage yang kami beli hari Sabtu hari tu.
Lupa nak cerita. Hari Sabtu lepas, jam 4.15 petang kami amik che mek dekat tempat kem. Seorang kawan perempuan sekelas dengan che mek follow kami balik sebab konon-kononnya nak mandi dekat swimming pool. Sekali sampai rumah hujan lebat sekali dengan angin kuat. Kami drop kids dekat depan lobby then terus ke Melawati Mall. hata nak bungkus Texas Chicken & lepas tu ke Baker's Cottage sebab aku nak beli seekor blackpepper chicken dekat sana.
Sampai rumah masih hujan & kami makan sekali dengan kawan che mek tu. Lepas maghrib baru kawan che mek tu balik. Selepas hujan reda. 😁. Tak pe la dik..Takde rezeki nak mandi dekat swimming pool. Nanti next time la ye.
Hari ni sampai ofis semua duk pakat tanya apa yang jadi dekat aku seminggu yang lepas. Aku cakap lunch time nnt aku open table, korang open makanan korang sendiri & i will share my story from A to Z. Cerita sekali harung senang. Tak perlu ulangan. 😆
Terharu ada rakan kerja yang prihatin macam ni. Thanks everybody. 💜




8 comments:
Allahuakbar.... lama tak singgah sini. Semuga cepat sembuh ya nieza
terperanjat akak..kenapa tu Nieza....citer cepat...
siap kena open atable.. betul tu, sekali harung cerita,,,takdelah penat nak bercerita.. hahaha
Terliur nampak ikan patin tempoyak ni Nieza.
Alhamdulillah semuanya okay. Tapi seram la kan nak buka jahitan tu w/out anesthetic huhu
nieza operate ker? i lom baca entries yg sblm2 ni. anyway, shafakillah
Sha yang baca pun dah boleh terasa-rasa ngilu dia sebab tak guna ubat kebas kan.. Pedih owh.. Semoga semakin sihat ya sis..
Semoga baik2 je tu. Biasanya Cie tak makan patin kedai ni kekadang dorg main masak je tapi tak pandai.
Post a Comment