As Salam
Ini adalah tarikh yang tak mungkin aku & Hata dapat lupakan. Kisahnya bermula pada 23 April 2026. Masa nak mandi, tetibe aku nampak macam ada kesan gigitan dan ada benda hitam dibawah kulit diantara bahu & dada aku. Dekat area tulang selangka. Mula-mula aku picit la sebab nak tahu apa benda hitam bawah kulit siap macam ada mata pulak dekat 2 lubang macam kesan gigitan tu.
Aku mengadu pada Hata. Tapi hari Sabtu 25 April 2026 baru kami ke klinik sebab waktu ni tempat tu dah start bengkak & nampak macam ada nanah. Aku mintak doctor tu buang. Sebab aku syak bisul atau ada bulu roma yang tak dapat keluar sebab lubang bulu roma tersumbat. Pernah jadi dekat ketiak aku dulu. Waktu tu pegi klinik yang sama & waktu tu doctor boleh buang terus waktu tu jugak. Mungkin doctor ni tak berani atau waktu tu equipment tak cukup.
Jadi doctor suruh aku makan antibiotics, ubat surut bengkak selama 5 hari. Lepas 5 hari iaitu hari Rabu (29 April 2026), bengkak dah surut, tapi benda hitam tu masih ada & mula mengeras. Aku dah risau tapi cooldown dulu. Tunggu sampai hari Sabtu ( 2 May 2026 ) petang baru aku & Hata ke klinik yang sama semula.
Waktu ni doctor syak ada cyst dekat bahagian tu. Klinik memang tak boleh buang jadi dia bagi surat untuk refer ke hospital. Lepas dapat surat, aku & Hata ke KPJ Ampang Puteri. Pegi dekat bahagian emergancy & staff pun cakap mungkin kena buat minor surgery. Aku dah takut. Hata dah risau dah. Lepas jumpa MO (Medical Officer), dia suruh aku consume antibiotics yang baru dan ubat sapu. Dia cakap mungkin sebab gula dalam badan aku terlalu banyak yang sebabkan cyst ni. Dia tak bagi aku minum air manis bersusu especially coffee sampai hari Isnin sebab dia akan buat surat untuk refer specialist hari Isnin (4 May 2026).
Selfie sementara tunggu doctor specialist sampai.
Hari Isnin jam 9.30 pagi kami sampai dekat klinik KPJ. Tingkat 2 - Room 1. Bilik Dato Dr. Abdullah Taha. Pukul 11 rasanya baru dapat jumpa doctor & he suggested to do a minor surgery untuk buang benda hitam bawah kulit aku tu. Aku ingatkan dia nak buat waktu tu jugak. Tapi doctor tu cakap bilik dia tak bersih. Jadi dia tak nak amik risiko. Memandangkan insurance cover semua, jadi aku & Hata pun bersetuju untuk buat minor surgery tu.
Doctor set esoknya (Selasa - 5 May 2026) untuk lakukan procedure. Hari Selasa jam 7.10 pagi aku & Hata pergi ke registration admission kaunter. Tau-tau kena masuk daily ward (day care). Mintak pegi sarapan dulu sebab kami memang tak sarapan lagi. Lepas hantar anak-anak ke sekolah kami terus ke KPJ. Waktu ni semua barang kemas aku tinggalkan dekat rumah.
Sekeping sementara tunggu admission.
Menu sarapan express aku & Hata.
Lepas breakfast pegi serah diri dekat kaunter admission semula sebab dia yang akan bawa kami ke daily ward. Sekali budak lelaki yang bawak kami ni cakap. Orang Tanjung Tualang ke? Jarang-jarang jumpa alamat orang kampung kita. Aku & Hata dah tengok each other & aku tanya. Orang Perak ke? Dia cakap dia orang Teluk Intan. Lorrr....Orghang Payrock jugak kome. Terus masa sampai dekat daily ward tu dia keluarkan loghat Perok kome. Nak masuk daily ward tu kena tukar dari kasut yang kita pakai kepada selipar yang disediakan.Masa nak pilih selipar tu, budak tu cakap pada Hata.Abang amik size selipar yang ini. Yang ini BESOR sikit.πAte pekat benor loghat kome ye π
Waktu dipakaikan ni aku dah mula ada rasa takut.
Last pakai 11 tahun lepas masa nak bersalinkan Ammar je π
Dapat katil dekat dengan kaunter. Kena tukar ke baju operation ni. Kena bukak SEMUA kecuali underwear. Aku resah gelisah waktu ni kome.
Dah pakai baju ni. Tapi aku sejuk. Jadi pakai baju waktu datang alik luar. Seluar pun tak bukak lagi sebab sejuk kome dalam ward ni. Hata cakap lupa nak bawak sweater π
Katil yang aku baring selama 2 jam menunggu.
Jam 10.05 pagi nurse datang untuk bawa aku ke operation theatre.
Rasa takut tu Allah je yang tahu.
Waktu ni nurse suruh aku duduk dekat wheelchair. Selimut badan aku dengan selimut coklat & bawa jugak bantal yang ada atas katil tu. Lepas tu disorongnya aku melepasi pintu operation theatre ni. Hata pulak keluar sekejab untuk panaskan badan.
Pintu ke bilik operation theatre ni memang aku tak boleh lupakan.
Tak jauh oun dari katil aku. Memang daily ward ni connected dengan
operation theatre ni.
Terbukak aje pintu ni, tetibe aku nampak ada 1 bilik operation ni tengah terbukak sebab SN OT, doctor, doctor pakar baru lepas alihkan seorang patient. Aku tak tau jantina. Tapi aku nampak la proses mereka alihkan badan pesakit tu. MasyaAllah bertambah takut aku kome. Operation room aku adalah bilik ke 4 kalau tak silap. Hujung biliknya kome.
Waktu masuk dalam bilik tu aku bertambah rasa nervous dan takut tengok semua kelengkapan yang ada. Lampu besar macam dalam cerita tunjuk bilik operation tu memang besar ye kome. Ada 3 biji. Waktu ni mereka pasang lagu. Mungkin tak nak bagi aku takut kot π.
Sampai depan katil baru aku disuruh bangun & baring atas katil. Nurse tutup badan aku dengan selimut tapi kedua-dua tangan aku kena keluar dari lengan baju tu.Nurse letak blower untuk bagi aku keep warm. Korang tau la bilik operation sejuknya macam duduk dalam chiller π. Alat check tekanan darah & yang kepit dekat jari dipasang. Tak lama lepas tu doctor semalam tu pun datang. Dia mintak staff pasangkan kain macam penyidai untuk halang muka aku dari kena cahaya lampu yang terang benderang. Waktu ni takut aku level 80%.
Doctor datang dekat & cakap dia tak bius tidur untuk aku sebab tak nak ada risiko lain jadi dekat aku. Lagi pun ini hanya minor surgery. Jadi dia hanya akan cucuk ubat bius dekat bahagian yang dia akan potong je. Masa cucuk memang sakit macam orang cucuk ubat kebaskan gusi. Tak sampai 5 minit doctor test tarik tempat cyst & alhamdulillah aku tak rasa apa-apa dah cuma ada rasa gitu-gitu yang tak sakit langsung.
Doctor start potong (sebab dia mintak pisau dekat assistant dia). Masa doctor tu toreh, dia tanya aku ada rasa tak??? Aku jawab takde. Waktu ni memang semua yang terlintas aku baca. Especially doa masa nk bersalinkan Ammar dulu. Itu aje la yang aku duk ulang. Mengucap tu jangan cakap la.π. Tak lama lepas doctor keluarkan cyst tu doctor pun start jahit dengan benang nylon 40 - Aku tahu sebab doctor tu mintak benang itu dekat assistant dia. Waktu ni aku terasa kulit aku ditarik kuat tapi tak sakit. Mungkin untuk kemaskan jahitan. Tak lama lepas tu jahitan pun siap. Doctor cakap nampak macam jerawat batu pun iya jugak. Lepas tu assitant doctor pun buat dressing procedure.
By 10.35 pagi aku dah diusung keluar dari operation room kembali ke katil. Waktu ni Hata tak naik lagi. Aku pinjam fon kaunter ward untuk kol Hata sebab sebelum masuk operation theatre aku suruh Hata simpankan henfon aku. Dalam 5 minit kot Hata pun naik. Lepas tu lama jugak menunggu surat discharge. GL keluar lambat. Jam 12.30 baru keluar sebab tak lama lepas tu Hata dapat notification discharge GL approved. Alhamdulillah.
Lepas tu aku dapat 2 jenis ubat & 1 cream untuk dipakai selepas jahitan dibuka pada hari esok (Isnin). Dari KPJ aku cakap dengan Hata aku nak makan dekat BBQ Town. Jadi kami ke BBQ Town dekat Setapak Sentral jam 1.20 tengahari. Orang tak ramai lagi waktu ni.
Aku suka combination aiskrim chocolate & sea salt ni.
Lepas makan balik rumah then berehat. Aku tak boleh bukak dressing yang pegawai perubatan tu buat sampai la esok. Nak mandi susah giler ye sebab tempat dressing tu tak boleh kena air langsung.
Selasa malam rabu sampai rabu malam khamis aku demam. Tak boleh buat kerja hatta memasak sekali pun. Aku ingat kena rehat gitu-gitu je. Sekali aku mmemasak, membasuh terus tempat jahit tu rasa sengal dan aku kena stop buat semua benda & berehat.
Sepanjang malam tido tak boleh mengiring ke kanan sebab kalau mengiring tempat jahit tu akan rasa sakit macam ada regangan / terkepit. Risau pulak aku kalau tetibe jahitan tu terbukak. Sampai hari ini memang aku tak boleh buat kerja banyak sebab nanti area surgery tu akan rasa sakit. Mungkin sebab ada banyak pergerakan kot.
Mungkin sebab tu doctor tu bagi aku MC dari 5 May 2026 sampai 11 May 2026. Sebab dia tau effect dia macamana walaupun aku hanya kena 5 jahitan & dia potong kulit aku hanya sepanjang 1.5 sentimeter. Tapi effect sakit dia tu lama kalau terlalu aktif.
Esok pagi dalam jam 9 aku akan amik grab dari rumah ke KPJ Ampang Puteri untuk procedure bukak jahitan dengan doctor yang sama. Tolong doakan jahitan ni elok bercantum & sihat sepenuhnya untuk proses bukak jahitan tu ye. Amin. Nanti dah seleai aku update lagi.











9 comments:
Lailahaillallah... risau dan tumpang takut baca cerita Nieza ni. Semoga buka stitches esok berjalan lancar dan lukanya sudah sembuh. π€² Sebelum operate tu, bila jumpa orang sekampung, rasa lega sikit, yek.
Terasa pula level takut nya itu kak. Siapapun akan merasa seram kalau dah masuk ke ruang operasi. Walaupun minor surgery kan , Krn belum tahu benda apa itu. Apapun, harap2 semuanya oke . Hasil dari benda yg diambil semoga tak berbahaya ya.
Terasa-rasa ngerinya citer pasal masuk ops theatre ni Niza sebab memang pernah ada pengalaman bersalinkan Dania melalui C Section. Moga baik2 ajer Niza....tempat tu cepat sembuh ya.
semoga takde apa2 yang serius...alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.. memang kena rehat, area yang kena jahit tu, risau jahitan terbuka
Moga cepat sembuh luka operation π€²π»
Didoakan tiada apa-apa yang serius dan segera sembuh
Semoga cepat sembuh jahitannya. Allah nak ampunkan dosa akak la tu sebab tu diduga dgn sakit. InshaAllah semuanya akan baik2 saja...
Ya Allah nieza.....doktor bagi mc tu supaya boleh rehat ni bantai buat kerja rumah pulak. Kadang bekas jahitan tu belum kering lagi tu yang sakit setelah kesan bius dah tiada. Apa pun nak tahu juga cebisan kulit yang doktor potong tu sebenarnya apa. Ada tak dia kata kena check potongan tersebut
Allahuakbar..bab macam ni la buat akak takut...alhamdulillah dah operate dan takde yang membimbangkan...
Post a Comment