May 21, 2026

BERYL'S CHOCOLATE FACTORY - BANGI

As Salam

Our next destination selepas melihat lembu dan haiwan dan binatang lain, adalah ke Beryl's Chocolate Factory ni. Tak jauh pun dari Farm fresh tu. Sampai-sampai kami parking dekat parking lot depan shoplot.
Meh masuk sini.
Happy wife 😆
Ni happy betul ni .😆
Kids yang melayan angin si ibu 💜

Ammar kan dah pernah sampai ke sini. Jadi Ammar la jadi tour guide kami naik ke tingkat atas museum Beryl's ni. Ammar cakap ada 1 bilik ni dulu masa dia datang, murid-murid boleh masuk & tengok tayangan sejarah coklat. Tapi waktu kami sampai tu, bilik ni ditutup. Jadi meh la layan gambar-gambar yang aku sempat snap ye kome.
Patung ni bergerak-gerak kome. Kesian deme bekerja tanpa henti 😁
Aku rasa dulu dekat kampung ade jumpa bekas-bekas ni. Tapi aku tak guna pun. 😆
Macam-macam bentuk sudu kome.
Cup set jenis vintage. Suka tengok tapi takde rasa nak memiliki sebab aku risau aku sayang nak guna bila dah ada. Sekarang set macam ni bukan murah. 😆
Suka tengok corak-corak pada setiap jug /teko ni.
Yang jenis besi ni aku tak berkenan sangat.

Lepas melawat sekeliling di tingkat atas, kami pun turun bawah menuju ke kedai yang jual coklat-coklat dari kilang Beryl's ni. Memang rambang mata kome. Aku nak beli yang defect tu. Tapi Hata tak bagi sebab risau ada flavor yang kami sekeluarga tak makan. Jadi amik mana yang rasa akan makan sampai habis.
Che mek amik sebalang yang hanya ada white chocolate & almond.
Cookies...
Hamper pun ada jugak.
Yang kami beli..RM104 jugak ni kome.
Cantik..Tapi tak beli. Kami beli 1 kon aiskrim dark chocolate yang memang sedap . Ammar & che mek share je & aku beli aiskrim mango. Sedap jugak. Share dengan Hata sebab lepas ni kami pegi lunch pulak.
Sekeping untuk kenangan.
Kami.
Beli seketul pineapple shortcake ni RM6.50..Tapi pada aku tak sedap. Hata yang tolong habiskan.
View dari tingkat atas Beryl's museum & factory.

Lepas ni kami lunch dimana? Nanti aku share ye. Berpinar mata aku upload gambar-gambar ni 😆

0 comments: