May 23, 2026

DATING DI NZ

As Salam

Hari Khamis & semalam Hata dapat WFA. Jadi pagi Khamis tu aku hanya buat 2 chicken slice wrap untuk kids. Lepas hantar kids ke sekolah, kami pun menuju ke NZ dekat Wangsa Delima. Kecik sikit berbanding NZ yang besar depan KFC tu. Aku order simple je.Itu pun tak habis. Tak berselera sangat la pagi tu. Mungkin terlalu awal kot. Jam 7 pagi dah sampai sana. Habis makan jam 7.30 pagi.
Breakfast dengan set puri. Hata makan roti telur bawang.

Lepas makan terus ajak Hata hantar aku ke LRT Sri Rampai mujur la kami gerak awal kome. Ntah kenapa la hari tu jammed pulak dekat depan masjid tu membawak sampai ke simpang nak ke LRT.

Masa dalam LRT tetibe aku rasa mengantuk yang amat kome. Sampai ofis jam 8.10 gitu. Letak aje bag dekat meja, terus aku ke surau take nap sekejab 15 minit.. Bangun tido jam 8.29 pagi terus buat air coffee. Alhamdulillah..Segar sikit rasanya. Apesal ntah la tetibe macam kena bagi makan ape je...Ye la..Lepas makan terus mengantuk sangat rasanya...😆

Dulu pun pernah kena sekali. Masa tu nak balik Kelantan masa bulan puasa. Singgah NZ jam 3.30 pagi untuk bersahur. Memasing amik nasi, kuah kari & lauk. Sampai dekat mana ntah la. Hata cakap dia mengantuk sangat. Sama la dengan aku. Kids pulak sejam perjalanan dah senyap aje dekat seat belakang. Rupanya dah lena penangan kari mamak NZ. Sudahnya Hata berenti tepi jalan yang ada kawasan ke dalam sikit, park kereta bawah lampu, bukak tingkap sikit then tido la kami 4 beranak dalam kereta tu dalam 30 minit jugak. Memang lena terus ye 30 minit tu. Tak sedar apa kome. Aje handey penangan kari mamak NZ ni.


Korang pernah kena macam aku?

0 comments: