As Salam
Alkisah 2 ke 3 minggu lepas aku ada beli sepasang kasut online dekat official store jenama X. Waktu ni aku confuse dengan size mereka sebab biasanya untuk sport shoes aku memang amik size 7. Lepas dah beli & tengah tunggu parcel sampai bila aku tengok balik size guide dekat website tu, rupanya aku terbeli size yang salah. Size yang aku beli tu udah terbesar dari size yang sesuai dengan kaki aku.
Parcel sampai hari Ahad. Terus test & COMFIRM besar. Isnin packing semula. Lepas kerja return dekat ninja Van dekat Danau Kota tu. Jumaat return, Isnin selamat sampai dekat HUB official store X tu. A few days after mereka update dah received semula item mereka & a few days after 100% refund pun masuk semula dalam akaun aku.
Semasa dalam proses refund tu, aku dah add to cart dah product code yang sama cuma size je yang berbeza. Dapat refund hari Isnin ke Selasa gitu la. Tapi hari Rabu (kelmarin) baru aku perasan refund tu masuk dalam akaun Public Bank aku. Itu pun aku check sebab tak dapat apa-apa notification. Lepas ralit dengan bersembang masa dekat Kajang, aku terus lupa nak check out kasut yang aku dah add to cart tu.
Masa OTW nak balik rumah dari Kajang, aku cakap dengan Hata tetibe je hati ni rasa berat nak amik kasut design yang sama dengan size yang berbeza. Mesti ada sebab kenapa aku salah beli kasut tu at the 1st place sampai nak kena lalui proses return & refund. Lepas mengadu pada Hata, dia OK je kalau aku tak teruskan dengan pembelian yang baru. Hata OK je kalau aku nak cari kasut baru dari jenama lain as long as within the refund amount.
Jadi sekarang ni aku dalam DILEMA la nsamaada nak teruskan niat beli kasut yang sama dengan size yang berbeza atau tidak sebab at the same time aku duk survey jugak kasut yang sama tujuan / sama fungsi dekat jenama lain. Harga ada yang lebih murah & lebih mahal 😆
Aduhai....betul-betul dalam Dilema ni kome...
Kalau korang macamana pulak?
Tak dapat beli / tersalah beli sekali, adakah korang akan mencuba lagi dengan barang yang sampai puas hati atau cari yang lain dari kedai lain?

7 comments:
Kalau saya bab kasut, kena beli di kedai fizikal juga, nak cuba pakai. Tak pernah beli online. Betul juga, ada sebab tu, salah beli saiz.
kalau sy memang la x beli kasut on9 sbb sy cerewet dgn apa yg nk dipakai kat badan ni, Memang syy beli kasut kat kedai je, Tp utk baju boleh je beli on9 sbb jika terlebih besar bisa aje dialterkan?
Try kedai sama sampai tepat
tgk situasi, kalau betul2 berkenan, boleh jer try beli 2nd time dgn saiz yg dirasakan betul tu..anyway, it happened to me last few weeks..tersalah beli saiz baju utk leeyanarahman sbb sizing dia misleading...so bila dh dpt, memang tak ngam laaa..fit sgt...last2 let go kat carousel tp of course rugi byklah dari harga asal..tak per, asalkan boleh jual balik sbb memang tak selesa if nak pakai..i tak return for refund sbb rasa2nya tak de option refund kot utk certain items esp baju2 branded ni..
Pernah jadi..saiz kecik, tapi test kasut tu sedap..kita refund balik, dan beli saiz yang betul..kasut yang sama...sebab dah berkenan.so, bergantung pada pembeli la, berkenan ke idak.hihihi
Kalau dh banyak halangan, baik beli kedai lain
Kalau Akak..bab kasut better pi beli kat kedai fizikal...sebab kaki akak ko ni comel...kecik x leh..besau x leh..eh..mengada kan...
Post a Comment