May 17, 2026

HILANG KEMANA?

As Salam
Masa dekat KPJ hari tu, sebelum ke daily ward (Daycare) staff KPJ mintak aku timbang berat. Waktu ni aku belum bersarapan. Aku pun bukak kasut & bagi handbag pada Hata then berdiri dekat penimbang. Sekali nombor tunjuk 58.5kg.

Ehhhhhhh...Aku terkejut kome. Banyak turun ni. Sampai dekat 2kg. Bila aku berdiet? Bila pulak berat ni turun? Sedangkan aku makan macam biasa je. 
Aku masih tak puas hati. Balik rumah, aku belek tangan. OK.Urat dah ada yang timbul sikit here & there. Tulang selangka dah timbul sikit. Sebelum ni semua nampak gebu-gebu je πŸ˜†. OK. Jom test pakai jam smartwatch sebab jam ni aku dah tukar talinya kepada tali lain yang dah lama beli tak pakai. Jadi kita tukar-tukar la. Sepanjang cuti seminggu aku tak pakai jam ni. Sebelum MC, aku memang pakai jam ni dengan tali yang baru tukar tu waktu hari bekerja tapi tak perasan pulak tali jam ni rupanya semakin longgar.

Sepanjang tempoh MC tak ingat hari apa, aku try 1 seluar kerja yang sebelum ni boleh pakai, cuma part peha tu bila duduk dekat seat motor, macam tak selesa sangat sebab agak ketat / ngam-ngam. Jadi aku tak pakai la seluar tu. Bila aku try. Ngam kome!!!!...Aku angkat kaki, ehhhh..Takde rasa sendat sangat dah. Bila pakai seluar ni boleh melorot sikit ke bawah. SELESA.
Tali jam ni asalnya memang dipotong ikut size tangan aku..
Sekarang bila pakai semakin longgar dan muat masukkan 1 jari.
Bukti...πŸ˜†

Ok.Maknanya penimbang tu tak rosak. πŸ˜†. Macam tak percaya aku dapat cecah berat ini kome. Rasanya berat ni aku dapat HANYA pada 11 tahun lepas. Lepas deliverkan Ammar. Lepas tu berat tu makin naik & maintain antara 59kg ke 60.2kg. Duk main antara tu aje la. Kali ni memang dapat turun banyakkkk jugak la pada aku yang tak tau punca penurunan ni.

Yang pasti aku suka berat sekarang ni. Dan aku kena maintainkan berat ni sampai bila-bila or kalau boleh nak turun sikit lagi. Tapi itu la..nak kena tengok balik part mana yang aku kurangkan part mana yang aku lebihkan sampai dapat berat badan yang baru ni.

Actually dengan tinggi aku ni, berat ideal aku adalah 60kg. Tapi pada aku 60kg tu macam chubby-chubby ngam-ngam. Kena beringat sangat time memilih baju atau seluar. Kalau dah turun ni size M tu memang In Shaa Allah muat. Kalau berat 60kg ni, size M jadi macam ngam-ngam or tak ngam ikut shape baju atau seluar tu serta material yangdigunakanπŸ˜†. Tapi untuk keselamatan, aku mungkin tak beli lagi apa-apa baju / seluar yang size M.

Korang pulak macamana?
Kalau tetibe berat badan turun korang buat apa?

7 comments:

Tot said...

Tahniah, Nieza. Berat turun, badan pun rasa ringan dan best dapat pakai seluar lama.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Baguuus lah tuh kak. Tinggal maintain saja. Pola makan dan olahraga, insyaallah maintain lah tuh πŸ˜„πŸ‘πŸ‘.

adnil linda said...

Syok la berat turun..ngah la, tak tau kalau berat turun sebab apa..sebab berat tak turun² ni.. hahaha

notie said...

wah banyak juga turun ni. Mungkin sebab sibuk dengan aktiviti seharian tanpa sedar kut jadi punca turun berat badan

Roziah @ Cie said...

untung sangat ni tetiba berat turun.

Suria Amanda said...

eh...untung sanagt ni...akak ni patut berat 55-57kg je..ni dah 70kg dah...

Mama Zharfan said...

impian majority perempuan ni ie turun berat badan tanpa perlu diet beria! congrats nieza!!! MZ ler overweight ni adoyaiii baru slow start clean eating tp tak berap istiqamah so lmbt ler nak lose weight nii