As Salam
Sambungan dari cerita dekat Taman Tasik Perdana semalam. Aktiviti yang chem ek request adalah naik sampai kayuh dekat tasih yang airnya warna hijau lumut tu. Ya ampunnnnn aku tak nak kome. Aku tak suka sebab pada aku air tasik tu sangat la tak bersih & rasanya seumur hidup aku tak pernah lagi mengayuh boat tu. Tapi Hata ajak jugak kome. Aduhaiiii..Sabar aje la..
Che mek mintak naik ini.. RM15/pax untuk 30 minit.
Setiap yang naik boat ni kena pakai safety jacket ni...
Tapi bau dia agak ashammmmmm sikit la 😁
Kami. Sementara tunggu boat sampai.
Aku & Hata tukang kayuh, Hata handle stereng.
Seronok le dapat naik. Tapi ibu yang nervous waktu ni 😆
Lalu dekat pulau kecik ada itik & ayam. Tapi tak boleh pegi dekat sangat & tak boleh turun dari boat. Idak le aku nak datang dekat atau turun kome. Aku nak cepat-cepat pulangkan boat ni. Kami naik 15 ke 20 minit je.😁
Aku zoom aje la itik-itik yang ada dekat ni.
Waktu ni matahari dah start naik. Panas.
View dari tempat nak naik boat.
Kalau korang ok untuk berada dalam boat ditengah-tengah air tasik yang warna hijau ni ok je kalau nak naik. Tapi aku tak suka sebab pada aku airnya tak bersih sebab bercampur dengan najis itik. Ntah apa ikan la yang ada dalam tu kan?😆
Korang pernah naik boat kayuh macam ni?









0 comments:
Post a Comment