As Salam
Sejak hari Khamis lepas satu persatu barang yang aku order dah selamat sampai. Semua barang OK kecuali 1 order ni tak cukup & ada yang mulfunction. Aku dah request untuk refund. Tapi masih dalam under review. Takpe. Kita tunggu je keputusan dari review shopee nanti.
Set snap button. I loike this set. Dapat 3 jenis bentuk button. Bulat, bintang & love. Tools yang lain pun dapat jugak. Senang complete 1 set.
Multi color keychain buckle. Suka sangatttt...
Key fob keychain. Ada 60 pcs key fob & playar sekali.
Senang beli 1 set. Tak payah aku pening nak membeli playar yang muncung lebar untuk kepit key fob tu.
Alhamdulillah hampir selesai proses mengumpul bahan. Bila nak start enjin? Kita start lepas semua order sampai ye kome. Doakan aku berjaya siapkan project ni dan dapat habiskan stock kain perca yang ada dekat dalam bilik menjahit tu. 😁.Amin
Aku nak start project yang mana dulu ek?




0 comments:
Post a Comment