As Salam
Allahuakbar. Dah beberapa hari selepas tarikh hari lahir aku baru aku teringat kome. Aku lupa nak renew LESEN MOTOSIKAL aku. Gamble aje bawak motor dari rumah ke LRT seminggu ni dengan lesen motorsikal yang dha mati.
Asalnya aku dapat notifikasi dari JPJ bagitahu roadtax motor merah dah tamat tempoh. Motor tu atas nama aku. Jadi aku remind la Hata. Ofismate cerita tentang dia renew lesen rasanya. baru la aku teringat nak check lesen motorsikal aku. Allahuakbar..Mengigil sekejab bila tengok lesen dah expired sejak tarikh hari lahir aku.
Sebelum balik kerja semalam laju-laju la aku renew secara online. Lupa nak register MyDigital ID. Dah register baru boleh masuk dalam MyJPJ untuk renew Lesen Motorsikal. Aku pilih setahun. Tapi kena bayar RM40.00. Tunjuk dekat screen, expired date 2028 pulak. Setahu aku setahun RM20.00. Mungkin minimum renew secara online adalah 2 tahun kot. Kan?
Renew Lesen Motorsikal.Alhamdulillah selesai. Senang aje step nak buat renew & buat payment. Balik keje semalam hati rasa lega sebab dah renew lesen. 😆
Korang pernah ke lupa renew lesen memandu macam aku?

Pernah dulu 3 bulan lupa. Masa tu dah merata drive. Jadi perasan tu sebab tengok cerita kat tv polis mintak lesen. Baru la ingat. 2-3x juga la lupa renew walaupun ikut birthday. Tahun ni baru expired renew 5 tahun terus.
ReplyDeleteHai blogwalking sini.. saya pernah juga tak renew lesen kereta dah 6 bulan, nasib baik tak kena tangkap..
ReplyDeleteKalau lebih tarikh. Automatik jadi 2 tahun..kalau awal lagi, boleh pilih setahun je
ReplyDeleterasa2nya ada pernah sekali MZ terlupa renew lesen..last few years lah..then lps tu, memang terus renew byk2 thn terus..utk avoid terlupa!
ReplyDeleteNasib baik xde roadblock ye...
ReplyDeleteSaya tak bawa kendaraan, jadi memang tak ada bab renew2 begini. Renew passport saja ðŸ¤ðŸ˜…. Tp kalau suami jenis yg tak lupa kalau dah bab motor dan mobil dia. Dia bahkan lebih ingat tanggal mobil harus diservice daripada tgl birthday dan anniversary 😂😂
ReplyDelete