As Salam
Ceritanya bermula disini. Hari Isnin aku & che mek tidur jam 12.30 tengahmalam sebab che mek ade kerja sekolah yang nak disiapkan. Che mek start dari lepas Maghrib ke lepas Isyak gitu la. Jam 5.20 pagi hari Selasa aku dah bangun prepare wrap untuk anak-anak. Lepas anak-anak dah pegi sekolah, aku pun bersiap la untuk pergi kerja. Sempat la jemur kain sebakul.
Sampai dekat LRT Ampang Park, aku bungkus nasi lemak daun pisang & 3 pcs kuih. Nasi lemak daun pisang tu aku makan dekat pantry lepas tu roomate HCMC aku cerita yang lunch nanti dia nak makan mee tarik dekat blok depan ofis aku ni. Plan asal aku nak follow dia sebab breakfast dah makan nasi. Jadi lunch tak nak la makan nasi dah. Sementara nak sampai ke jam 1 petang tu, aku cuba habiskan 3 pcs kuih yang aku beli pagi tadi.
Alih-alih jam 12.30 tengahari, mata aku ni berat sangat. Baru teringat yang malam semalam tu aku kurang dari 5 jam. Memang la mengantuk kome. Sudahnya lunch hour aku amik keputusan untuk tido dekat surau. Update Hata sebab aku nak tutup data internet. Tak nak ada gangguan gegaran untuk sebarang notifikasi 😆. Aku off data, tapi LUPA nak SET ALARM. Sudahnya jam 2.10 petang roomate HCMC aku kejutkan cakap dah pukul 2.10 petang. Kelam kabut aku bangun dan kemas tempat tido kome...
Muka tido tak cukup 5 jam & muka terlajak tido sampai jam 2.10 petang waktu bekerja 😆
Mujur la aku ada bagitahu roomate tu yang aku tak jadi follow dia dan nak tido. Kalau aku tak bagitahu dia, mesti mereka ingat aku keluar ke Avenue K & tak balik lagi ke ofis. Sedangkan aku lena dekat surau. 😁. Gitu la penangannya kome. At this age kita kena tido cukup masa. Kalau kurang mula la macam-macam jadi. Ade je yang tak kena. Masa muda-mudi dulu tido 3 jam pun takde hal untuk esoknya pergi kelas atau pergi kerja. Sekarang?
Sini aku share waktu tidur yang mencukupi untuk setiap peringkat umur. Kenapa tidur yang cukup tu penting. Bukan untuk fizikal je. Untuk mental health jugak. Kalau cukup tido takde la kita dapat mata panda. 😆
Semoga bermanfaat. Gigih mintak Chatgpt buatkan 1 poster khas untuk entry kali ni. 😆Korang biasa tido berapa jam sehari dalam setiap hari bekerja?



1 comments:
Alahaiiiiii. Akak pun pernah terlajak tidur kat opis. hehehehe Depa kat opis dah heran apasal pintu tak bukak2 lampu gelap je rupanya seronok ngorok.
Post a Comment