As Salam
Al-kisah semalam aku breakfast dengan Hata sebab dia dapat WFA. Masa breakfast baru perasan smartwatch aku ni battery-nya dah tinggal 3%. Mujur la charger memang sentiasa ada dalam bag. Jadi kita tenang-tenang aje sarapan dengan tok laki.
Roti telur bawang cicah kuah dhal & kari.
Nescafe suam.
Sampai ofis, letak bag, keluarkan charger & tanggalkan jam dari tangan. Masukkan USB ke charger port & turn on suis...Senyapppppppppp..Takde single charging keluar dari screen jam. Sudah...On off suis...Bukak & letak balik port charger dekat belakang jam. Sama jugak tak keluar sign charging. Aku udah susah hati kome.
Actually charger ni dah beberapa kali buat hal yang sama...Kadangh tu letak je charger, terus detect. Kadang tu kena adjust-adjust baru detect. Ada satu hari tu seharian aku letak charge...Seharian tu rupanya tak charge langsung. Connection dia terputus masa aku letak jam ni atas rak lepas tengok ade keluar signal charging. Mungkin tergerak sikit jadi connectio to lost.
Sudahnya semalam aku amik keputusan untuk cari charger yang baru dekat shopee. Jumpa yang rege RM9.00. Ramai dah beli dekat kedai ni & star rating pun 4.9. Sebab dekat official store takde stock. Maklum la bulan jun ni, jam dah 5 tahun. 😆. Masa check out tengok rege RM6.00 sekali dengan free shipping. Bila tengok cara bayaran. Nahhh..SPayLater. Bila tukar je Online Banking atau COD, terus rege jadi RM9 semula. Fikir punya fikir, aku guna aje la payment method SPayLater ni. Jimat sampai RM3.00. Bulan depan nak bayar takde la mengigil sangat sebab amount below RM10.00 😆. Katanya ETA 13/6 - 14/6. harapnya boleh la sampai on time. Sayang jam ni kome. Udah lama berkhidmat. Belum ready nak cari pengganti. Bukan setakat tak ready dari segi sayang. Budget pun tak ready lagi. 😆
Tak tenang hati aku tengok charger yang tak connect & jam yang screen gelap hitam macam ni je tau. 😓
Harap-harap charger baru ni nanti dapat berfungsi dengan baik.Amin..Korang buat apa hari ni? Kejab lagi aku akan ke majlis kahwin sepupu aku dekat dalam bangunan yang sama dengan Jalan Jalan Japan Shamelin tu. Berangkat sekali dengan Kak Yang aku yang sampai dari Perak petang semalam.




0 comments:
Post a Comment