Jun 8, 2026

KOKO KRUNCH - PERISA STRAWBERRY

 As Salam


Dah lama nak try..Tapi tak terbeli-beli. Tengok dah ada blogger yang try, makin rasa nak try. Jadinya masa ke Lotus's Wangsa Walk grab la sekotak. Balik rumah relax-relax dulu, pagi Sabtu sebelum ke OU makan semangkuk dengan susu full cream dari brand Lotus's.
Mission accomplished!!!
Gini la bentuk & warnanya. Pinky gitu...
Rasanya OK je..Ada la rasa strawberry tu. 
Memang nice makan dengan susu full cream.

Ok...Tertunai hajat anak tekak nak merasa koko krunch perisa strawberry ni. Layan aje makan ni. Makan waktu pagi / malam pun ok. Cuma kalau dah makan nasi untuk dinner kena fikir banyak kali kalau nak makan waktu malam. 😆

Tambah pulak sekarang aku dah start semula berZumba. Lagi la rasa kena control makan sebab nak build up stamina. Alhamdulillah semalam dah berjaya add to playlist video-video Zumba yang aku follow sejak beberapa tahun yang lepas. Alhamdulillah semalam aku dapat berzumba selama 40 minit. Connect fon ke TV sebab tetibe je TV tak boleh baca file dari pendrive yang aku cucuk dekat USB port belakang TV tu. Nak cast dari laptop ke TV pun tak berjaya kalau dari file. Kalau bukak Youtube dekat laptop, boleh pulak cast ke TV. Ntah mana la setting yang tak kena, aku pun tak sure.

Tapi aku dah add to playlist dekat youtube. Jadi next time kalau nak berzumba, aku hanya perlu bukak youtube dekat TV & play my playlist aje. Senang. Nak pegi briskwalk dah macam malas ye sebab tak biasa lagi nak briskwalk area rumah baru ni. Nak ke taman pun rasa malas nk bangun awal pagi untuk mencari parking. Jadi kita Zumba aje la dekat rumah ni ha...

Ada jugak terasa nak beli treadmill dekat shopee / tiktok. Tapi risau hangat-hangat taik ayam je.😁. Kita Zumba aje la dulu. Bleh buat dekat rumah. Semalam buat 40 minit dengan kipas siling alik TV aku turn off, turn on yang dekat alik meja makan je. Memang berpeluh bagai la aku ni. Cuma terlupa nak pakai smartwatch. jadi tak tahu berapa kalori yang dah terbakar.

Alhamdulillah hari ni badan terasa ringan sikit. Yang pasti sebelum start Zumba kita kena warm up dulu. kasut aku pakai kasut Adidas Ammar yang beli masa nak raya hari tu. Ammar sejak dapat kasut Nike Vomero tu, dia tak pandang dah kasut raya dia. Maka aku la yang menjadi pewarisnya...Jimat duit budget kasut zumba. 😁. Sebelum pakai dekat rumah, aku dah siap basuh bersih-bersih tapak kasut tu. Baru la yakin nak pakai. Masa berzumba tu pun aku gulung carpet depan TV ni. Supaya aku bebas bergerak.

Kena start bersenam ni. Bukan setakat untuk level up kan stamina, tapi nak kena maintainkan berat badan yang ada sekarang.

Korang buat senaman apa untuk maintain / turunkan berat?

2 comments:

mama tisya said...

Suka Cococrunch.. Oh ada perisa Strawberry skarang

uncle gedek said...

Tengok warna dia pun dah boleh agak rasa dia!