As Salam
Hari Selasa aku rasa lapar yang teramat sangat. Balik rumah dah planning nk masak SUP KAKI AYAM. Sebab ade la stock kaki ayam dalam 5 ke 6 ketul dalam peti sejuk tu. Sampai rumah letak bag, bukak tudung terus menuju ke dapur. Keluarkan kaki ayam, lalukan air dalam sinki dan terus terjunkan dalam periuk untuk mula dimasak.
Jam 6.30 kot Ammar sampai dari rumah. Aku tahu sup kaki ayam ni memang amik masa yang lama nak masak untuk bagi betul-betul empuk kulit kaki tu. Mujur la che mek tak habiskan spaghetti carbonara yang aku masak awal pagi tu. Jadi aku panaskan sebekas fettucini & tuang dalam baki kuah. Dapat la sepinggan. Alhamdulillah kenyang Ammar sampai ke esok paginya...
Che mek pulak masih kenyang makan menu yang sama masa balik sekolah. Jadinya lepas maghrib tu aku sorang aje la yang makan sup kaki ayam tu. Sup tu bukan hanya ada kaki ayam je. Aku ada masukkan jugak isi ayam supaya anak-anbak boleh makan sekali.
Sup kaki ayam, nasi putih & teh o suam.
Hari yang aku pegi Village Grocer tu, aku beli jugak sebekas terung pipit. Nampak segar. Aku pilih yang paling murah sebabnya aku sorang aje yang nak makan. Malam tu teringin nak makan sambal ikan bilis letak terung pipit ni. Stock sambal ikan bilis masa kak yang datang masih elok terbeku dekat dalam freezer. Jadi aku amik 2-3 sudu untuk Ammar & che mek makan dengan nasi putih & telur rebus. Aku amik lagi 2-3 sudu untuk campur dengan terung pipit ni. Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga malam tu.
In Shaa Allah esok samada sebelum atau selepas semayang Jumaat Hata akan gerak balik dari Kuantan. Minggu ni Hata outstation dekat sana. Patutnya minggu ni dekat Johor untuk 3 hari je (Isnin - Rabu). Tapi disebabkan ada perubahan jadual, jadi Hata kena ke Kuantan.
Doakan Hata selamat pulang ke pangkuan esok ye. Amin



9 comments:
Akak plak dah muak makan sup kaki ayam.sebulan banyak kali PZ masak sup kaki ayam..especially time perut dia buat hal
Suka juga lauk macam ni. Nasi ada sup panas, dan sambal. Alhamdulillah, masak sendiri di rumah, sedap dan puas hati kan, Nieza. 😋
nampak sedappppp
MZ tak reti makan terung pipit tu..rasa dia masam2 ker...
Kebetulan hari ni masak sup tapi bukan kaki ayam la 😁. Masa kecik anak2 Cie suka makan kaki ayam.
Mana gambar spaghetti nya?
Bestnya sup kaki ayam. Kalau dapat lembut lerai dari tulang lagi syiok oooo makan. Sambal terung pipit wahhhh berganda2 bestnya.
org kata sup kaki ayam ni bagus utk kecantikan kulit.
PH suka lauk simple gini Nieza. Ringkas tapi kenyang.
Post a Comment