As Salam
Syukur alhamdulillah. Ini aje la ayat yang boleh aku ucapkan sekarang. Malam tadi masa tengah fokus on Ammar punya ulangkaji subjek matematik, tetibe aku dapat message dari nombor yang tak dikenali. Awal-awal message tu dia tak perkenalkan diri. Jadi aku confius la sikit. Tak lama lepas tu baru la dia bagitahu yang dia adalah ibu kepada classmate Ammar.
Sebenarnya sebelum ni kan aku ada cerita yang kami dapat 4 lagi tiket percuma cerita Masters Of The Universe tapi rasa tak nak pegi tengok dah. Lepas tu Ammar cakap dia nak offer dekat classmate dia. Hata setuju dan mintak Ammar bagi contact number Hata pada classmate tu dan classmate tu kena pass contact number Hata pada ayah dia. Kiranya biar Hata aje la berurusan dengan ayah classmate Ammar tu. Senang. Selang 3 ke 4 hari baru ayah classmate Ammar message Hata & Hata pun bagi code free tickets tu.
Siapa sangka malam tadi mak classmate Ammar tu pulak message aku. 😁. Ini antara conversation kami malam tadi..
Rupanya kawan Ammar yang ini order 2 pcs minggu lepas.So far masih ada kawan-kawan Ammar yang order chicken wrap yang aku buat. Cuma takde la setiap hari order masuk. 😁
Mak classmate Ammar ni nak order lagi untuk hari ni. Tapi stock telur & chicken tender aku tak cukup. Kan aku ada cerita yang aku hanya beli stock chicken tender Ammar untuk semalam dan hari ni je. In Shaa Allah Ahad nanti baru nak beli stock. Telur pun malam tadi aku check tinggal 5 biji je 😁.
Jadi aku terpaksa la tolak order dia. Nak cari bahan pun dah tak sempat sebab waktu tu dah pukul 10.20 malam. Malas la nak paksa diri pegi ke Rosyam Mart pulak.. Tak sangka dia sanggup tunggu sampai Jumaat depan. Alhamdulillah..
Alhamdulillah..Rezeki.
Jadinya hari Ahad ni memang kena stock up bahan-bahan nak buat chicken wrap ni macam telur, cheese slice, wrap & chicken tender. Agaknya hari jumaat minggu depan pukul berapa la aku kena bangun untuk prepare total 9 wrap ni ye? 😁. 7 order & 2 untuk anak-anak.
Aku harap some of my order untuk project kain perca akan sampai hari ni atau esok. Boleh la aku start menjahit sikit-sikit sebab aku tak sabar nak tengok hasilnya. Menjadi ke idak macam yang aku duk screenshot sebelum ni. 😁
Esok cuti kemana kome?



3 comments:
Alhamdulillah, ada order masuk. Dpt la sedikit duit poket.
Tak lama lagi bukak kedai ni.... syabas
memang best la dpt jual2 gini!! i jual brg2 yg i tak pakai kat carousell pun, bila laku, rasa sgt happy wpun murah2 jer sambil2 spring cleaning
Post a Comment