Jun 6, 2026

SEWING PROJECT : FABRIC GLOVES

As Salam

Share throwback story sebab banyak sangat yang nak diceritakan dekat sini. Hari Isnin lepas dalam jam 12 tengahari aku & Hata berdua naik kereta ke Nagoya Masjid Jamek. sebab lepas tu Hata nak ajak gi SOGO. Lepas beli kain & pegi Sogo, balik tu aku pun start la ambil ukuran, potong kain & start enjin mesin jahit.
Lukis bentuk tangan dekat atas kain stretchable. Aku lukis direct je atas kain sebab malas nak lukis 2 kali iaitu atas pola & atas kain.
Lipat 2 kain dan jahit ikut lukisan.Jangan tarik kain masa jahit. Go with the flow je. Barulah kain tak memeri. 
Dah siap jahit baru potong keliling basi 0.2mm gitu la..Agak-agak je ni.
Terbalikkan dan dah boleh dipakai.
Glove ni aku jahit 2 pasang. Sepasang untuk aku & sepasang lagi untuk Ammar punya costume Orko tu.

Alhamdulillah siap 1 sewing project simple fabric gloves. Jenis fabric bergantung pada jenis glove yang nak dijahit. Biasanya memang aku cari yang stretchable rengang banyak supaya boleh jahit atas lukisan yang dilukis ikut betul-betul ukuran jari. Kalau kain stretchable ni, kita kena jahit ikut ukuran asal sebab kain ni kan boleh meregang. Kalau jenis fabric biasa, memang kena amik ukuran lebih sikit, tambah kain lain antara base atas & bawah. Total akan jadi 3 pcs. Kalau jenis kain yang aku guna ni 2 pcs je.

Dah lama tak menjahit glove. Bila berjaya jahit ni rasa seronok pulak 😂

0 comments: