HARI BERTEMU SAHABAT

As Salam

Sejak-sejak dah jadi mak ni, kita bukan hanya ada hari bertemu waris, hari bertemu sahabat pun ada ye kome, a.k.a me time gitew 😆. Hari Isnin lepas, aku jumpa ex-ofismate yang dah kenal sejak 2013. Alhamdulillah masih berhubung sehingga ke hari ni.

Macam yang aku cerita sebelum ni tujuan perjumpaan kami adalah dia nak bagi hadiah birthday pada aku. Aku pun, korang dah sedia maklum...Dah get ready jugak dengan hadiah untuk mek ni. Saje la suka-suka. Orang memberi kita merasa. Jadi aku pun bagi jugak la mek ni merasa. 😆
Ini adalah apa yang aku termampu untuk bagi pada dia sebagai kenangan.

Hari Isnin hari tu, lepas waktu kerja aku terus ke KL Sentral. Aku sampai sana dalam jam 5.50 petang. Tunggu mek tu sampai dari Damansara dalam 20 minit kot. Sambil menunggu aku masuk jalan cuci mata dalam Uniqlo. Mek tu sampai, kami terus ke Nyonya Colors tingkat 3 atau 4 dalam Nu Sentral ni. Waktu ni tak ramai orang. Jadi seronok la sikit nak berborak.
Aku order mee rebus tak nak taugeh, bawang goreng & 
daun bawang dan air mineral.
Inilah ex ofismate yang masih berhubung tu. Masa aku buat open house hari tu dia ada jugak datang rumah. 

Kami duk makan & borak dekat Nyonya Colors ni sampai jam 7.30 malam. Sambil borak tu mek ni keluarkan 1 bag tudung bawal & shawl untuk aku pilih sendiri design yang aku nak as my birthday gift. Disebabkan sekarang mood aku adalah mood tudung bawal, jadi aku memang pilih tudung bawal lah kan?

Untuk pengetahuan, cousin ex ofismate aku ni buat bisnes jual tudung-tudung ni. Nama brand dia adalah Sirruhu Hijab .Aku rasa brand ni memang dah lama. Sejak aku kenal ofismate ni lagi. Sebab bermula dari tahun ke -3 aku bekerja dengan dia. Boleh dikatakan kerap kali jugak aku dapat hadiah tudung dari mek ni masa hari lahir aku. Pada aku kualiti tudung ni elok. Sebelum ni aku dah pernah dapat sehelai tudung bawal dari brand ni. Memang senang nak bentuk & kain dia elok.

Lepas pilih-pilih design yang aku berkenan, kami pun selesaikan apa yang patut & masuk Decathlon. Kawan ni nak survey bag untuk isi bola hoki anak dia. Tapi nan hado. Jam 8.20 malam kami pun gerak ke LRT. Mek tu turun dekat stesen Pasar Seni & aku teruskan perjalanan ke stesen Sri Rampai. Hata tunggu dekat sana lepas drop che mek dekat kelas tambahan.

Sampai je LRT Sri Rampai Hata ajak gi dinner, dia tak makan lagi. Mujur la Ammar dah makan nasi dekat rumah tadi. Jadi kami pegi dinner dekat Sarah Tomyam tepi tasik Sri Rampai tu. Kami order nasi goreng kampung telur mata untuk Hata, satay daging 10 cucuk untuk Ammar & keropok lekor untuk aku.

Lepas makan terus amik che mek & balik rumah. Sampai rumah, dah siap mandi semua, baru la aku tunjuk dekat Hata design apa yang aku pilih & inilah yang aku pilih.
3 Helai tudung bawal size 47 inch.

Alhamdulillah aku amik 3 helai tudung bawal dari koleksi yang ofismate ni bawa & mintak aku pilih. Bertambah lagi koleksi bawal teman kome. Tudung bawal yang atas sekali tu corak dia dari bucu tudung sampai atas kepala je. Lepas tu corak yang minimal.

Ok...Dah boleh matching-matching dengan mana-mana baju yang ada. Korang pernah dengar tudung brand sepupu ofismate aku ni?

9 comments:

  1. Macam tak pernah dengar. Ada jual kat shopee ke?

    ReplyDelete
  2. X pernah dengar la Nieza...ada kat shopiah or Tik Tok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la sis. Yang sy tahu dkt official w/site je =D

      Delete
  3. Muka ada iras la dengan Nieza. Moga bersahabat sehingga ke jannah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius la sis...1st time baca komen mcm ni. Anyway..Thx sis=D

      Delete
  4. Memang paliiiiing suka kalau dapat hadiah tudung. Krn saya yg baru pakai tudung ini, kadang masih butuh banyaaaak warna2 lain, supaya bisa mix and match dengan baju 😄. Bagus2 juga motifnya kak. Yg penting memang mudah dibentuk

    ReplyDelete
  5. tak pernah lg dgr brand tu..MZ biasanya beli kat shopee ajer, dan ada few brands yg MZ suka..latest, MZ ada beli brand minaz la (famous kan minaz ni)..minaz ada launch latest collection bawal plain dgn bunga sulam2 kat tepi...masih OTW tu sbb baru order semlm

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.