As Salam
Hari Sabtu lepas, aku jumpa kawan cosplay dekat Daily Coffee. Kawan ni nak jumpa sebab dia nak bagi hadia birthday pada aku. Sama jugak dengan aku. Nak bagi hadiah birthday jugak pada dia. Jadi kami set time. Plan asal nak jumpa jam 11 pagi. Tapi masa OTW agak jammed jadi aku sampai jam 11.20 pagi. Waktu pegi Hata & anak-anak yang hantar. Lepas Hata drop by aku, mereka ke rumah kak ipar.
Masa OTW aku dah mintak kawan ni order siap-siap supaya nanti takde la lama nak menunggu makanan. Baru nak mula makan, hujan pun turun dengan lebat sangat kome. Mujur la kami makan dekat kedai ni. Ada la tempat berteduh & waktu ni tak ramai pelanggan so tak de la rasa bersalah stay lama-lama dekat kedai ni sebab hujan. Aku mintak kawan ni order :
Aku order crispy chicken chop...
Rasa dia OK. Tepung yang salut ayam tu tak tebal. Alhamdulillah kenyang makan menu ni. Untuk air, aku order air mineral je sebab aku bawak baki air sarapan pagi tadi. Rasa sayang pulak kalau ditinggalkan dekat rumah.
Kawan cosplay order ni...Kueyteow apa namanya ni? Aku tak ingat.
Inilah kawan cosplay yang aku cerita tu.
Dah lama planning tapi asyik la tak kena time.
Bila hujan dah reda, kami keluar dari kedai & sambung langkah ke KIP Mall pulak. Sampai Kipmall, masuk dalam NINSO. Dapat la grab beberapa makanan. Banyak makanan untuk anak-anak je. Lepas tu aku pun kol Hata untuk mintak ambil aku dekat Kipmall.
Sekeping sementara tunggu Hata sampai..
Alhamdulillah selesai dah perancangan kami nak jumpa each other. Nama je kawan cosplay, tapi kalau ada event jarang betul dapat jumpa. Tambah-tambah kalau time Comic Fiesta. Memang tahu each other pergi. Tapi memang susah nak jumpa sebab memasing ada aktiviti masing-masing.
Apa pun seronok la dapat jumpa kali ni. Seronok dapat bercerita dan dengar cerita dari dia. Sampai rumah hari Ahad baru aku fully unboxing apa yang kawan ni bagi.
Aku dapat pasu bunga plastic kaca siap ada deko, coin purse maleficient , casing untuk power bank, sticker & wish card. Alhamdulillah.
Pasu tu aku dah letak tepi tv. Yang lain-lain boleh digunakan. Semoga persahabatan kami berkekalan sampai akhir nafas kami. Walaupun kami jarang jumpa, tapi bertanya khabar & berborak pendek tu memang sentiasa ada.






0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.